Tuesday, 25 March 2014

SAHABAT

           Bismillahirrahmannirrahim..Assalamualaikum..apa khabar?hope semuanya dalam keadaan baik dan dirahmati Allah selalu..bagi yang ISLAM jom kita sedekahkan Alfatihah pada mangsa MH370..semoga Allah merahmati dan mengampuni dosa mereka...sedih,sebak semuanya ada dalam diri kan...kita bayangkan sekiranya kita ada ditempat kejadian..macam2 perasaan yang ada dalam hati.Berdoalah..doa senjata mukmin,Allah lebih mengetahui.

            Oklaa...hari ni yani nak cakap mengenai sahabat..apa makna atau konteks sahabat pada diri kawan2 semua..mungkin ada yang kata sahabat ni orang yang ada bersama kita dikala susah dan senang dan sahabat orang yang memahami kita.Itu.semua betul...ikutla pada perspektif masing-masing.Bagi yani sahabat ni orang yang menerima kita tanpa syarat..memahami,mendengar segala perasaan,curahan rasa pada mereka.Sahabat mendengar dan sahabat memahami dan sahabat menerima walaupun kita ada kekurangan.

           Nak cari sahabat,biarlah yang elok akhlak dan adabnya kerana tanpa kita sedar kita akan terikut dengan perangai dan tingkah laku mereka.Pilihlah sahabat yang membawa kita ke syurga,carilah sahabat yang boleh membuatkan kita dekat dan selalu ingat pada Pencipta kita iaitu Allah.Dulu kita jahil tapi kini kita celik kerana adanya sahabat yang menggenggam tangan kita untuk menuju jalan yang lurus.

          Dulu yani jahil..maknanya..semasa zaman belajar diploma di kolej..tinggalkan stoking,pakai tudung tak labuh..jahil rasa masa tu selepas tinggalkan sekolah menengah.Bila jejakkan kaki di Universiti dan berkawan dengan mereka yang menjaga aurat,sedikit sebanyak kita terikut dengan cara mereka.Yani ada sorang kawan..nama dirahsiakan..heee..dia bertudung labuh,berstoking,menutup aurat..yani tertarik dengan penampilan dia..dari situ,yani mula pakai stoking untuk menutup kaki setelah yani tinggalkan benda tu semua masa zaman sekolah menengah.Alhamdulillah...sahabat yang baik,dapat menarik kawannya menuju Pencipta.Moga yani terus istiqomah dalam melakukan perubahan diri.Teringin rasanya nak bertudung labuh,InsyaAllah..slow2 buat prubahan.

Wednesday, 5 March 2014

maafkan aku


maafkan aku andai melukakan hati kamu
aku tidak bermaksud untuk berbuat begitu
sungguh aku tidak maksudkannya
biarlah aku pergi
untuk mencari ruang berfikir

sungguh aku terlalu lelah dengan apa yang terjadi
ia memaksa aku untuk terus berfikir dan berfikir
hati aku hancur,hati aku sakit
sakitnya..dapatkah kau rasainya?

biarlah waktu yang menentukan segalanya
perjalanan hidup ini aku serahkan segalanya pada DIA
aku redha dengan apa yang terjadi
aku tahu..sukar untuk membuat pilihan

dan saat ini aku sendiri yang membuat pilihan untuk hidupku
aku mengalah..biarkan aku pergi
aku pasrah
aku teruskan langkah biarpun pahit untuk aku telan.

moga disuatu masa nanti...aku dapat apa yang aku mahu
DIA mengurniakan apa yang terbaik untuk diriku,untuk hidupku
perjalanan ini...harus aku terus melangkah..

Monday, 16 December 2013

~DINNER PEKA~

Assalamualaikum dan bersua kembali..apa khabar?harap semuanya dalam keadaan baik belaka.Baru-baru ini kami pelajar Kaunseling dari tahun 1 hingga tahun 4 adakan majlis Annual Grand Dinner.Majlis tu bertujuan untuk meraikan pelajar tahun 4 yang akan menamatkan sesi pembelajaran mereka kat UMT ni.Jadi..sebagai pelajar tahun 1 kitorang wajib datang untuk meraikan majlis.Lagipun kami pon pelajar baru dekat UMT.:)..Banyak jugaklah aktiviti yang diadakan seperti persembahan tahun 1,sketsa,cabutan bertuah dan sebagainya.

Untuk aktiviti cabutan bertuah,saya iaitu yani dapat 2 bear yang bertuah..hehhe..rasa seronok kot..tak payah la nak beli dah lepas ni..campur 1 bear yanga ada kat rumah jadi 3 bear dah sekarang.Cakap tentang bear rindu dekat gemoxx...gemoxx,nanti bulan 1 ni kita balik bercuti.tunggu ye kepulangan kita.Hadiah bermakna yang tak mungkin dilupakan :)

Lepas makan,aktiviti snap pictures la pulak..bukan main posing sakan..Astaghfirullah,lepas ni jangan menggedik lagi.Hampir pukul 12 lebih kami balik ke hostel..memang rasa sakit kepala dan mengantuk.Tapi semuanya indah.Alhamdulillah...semoga ukhwah diantara pelajar Kaunseling selamanya terjalin.InsyaAllah.


kaunseling tahun 1

cabutan bertuah..2 bear dlm genggaman :)


kaunseling lelaki tahun 1


Thursday, 5 December 2013

~~special things~~










:)

~Bila Hatimu Dilukai Lagi~




Bila ada sesuatu yang kita inginkan mungkin kita tidak akan pernah dapat
tapi DIA akan memberikan sesuatu yang kita perlukan
begitu juga dengan hati
kita mungkin tidak akan dapat hatinya,cintanya dan dirinya
tapi DIA memberikan seseorang yang lebih baik dari hatinya,cintanya dan dirinya

Hati akan terluka lagi bila dia pergi dari sisi untuk kedua kali
apa yang perlu hati ini katakan..sabarlah..sabarlah..sabarlah sayang
usah menangisi pemergiannya,biarkan ia


Sungguhnya..DIA tahu apa yang terbaik untukmu sayang
rawatlah hatimu dengan selalu mengingati kalimah cinta dariNYA
Astaghfirullahalazim..ucapkanlah dan lafazkanlah dari bibirmu sayang
Subhannallah,Alhamdulillah,Lailahaillallah dan AllahuAkbar
laungkanlah ia didalam hatimu..di situ..kau akan dapat ketenangan dan rasa cinta dariNYA

Wahai hati yang lara..kau tidak pernah keseorangan kerana ada DIA bersamamu sayang
katakanlah pada hatimu..usah dikejar cinta manusia jika cinta Illahi gagal kau gapai
bersabarlah sayang..itulah kalimah yang mampu merawat hatimu

Sesungguhnya..pelangi indah akan hadir dihatimu sayang
yang akan memberimu detik bahagia


...Bersangka Baik...


      Dalam hidup ini kita sebagai manusia tidak terlepas dari memikirkan hal-hal orang yang berada di sekeliling kita.Sama ada kita akan bersangka baik ataupun sebaliknya.Memang perasaan itu akan menerjah dihati kita..bila seseorang itu melakukan satu kesalahan kita akan berfikir perkara yang buruk tentang dia dan jika bila seseorang itu melakukan kebaikan kita juga akan memikirkan hal yang sama juga tentang dia.Jadi disini kita perlu muhasabah diri kita dan bersangka baik lah pada mereka.

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain.

Firman Allah سبحانه وتعالى :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)


Marilah kita menjadi hamba dan manusia yang sentiasa bersangka baik pada mereka..didik hati,jiwa untuk sentiasa bersangka baik


Tuesday, 20 August 2013

Universiti Malaysia Terengganu

Assalamualaikum..Salam Syawal aku ucapkan..moga-moga diri korang sihat,ceria dan bahagia hendaknya..
lama gila aku tak bukak blog ni..sekarang baru ada feel nak bukak..haha..

aku just nak update tentang diri aku..orang kata berita terkini la..hehe..korang nampak tak tajuk kat atas tu tulis apa?..apa..'nak kawin'..eii..tolong sikit eh..lambat lagi tauu..
tajuk kat atas tu tulis..'Universiti Malaysia Terengganu'..haaaa,aku dapat masuk U la kawan2..Alhamdulillah diatas segala nikmat yang diberi oleh Allah kepada hambanNya yang kerdil ini..

4 tahun aku akan duduk disana,tinggal disana..Alhamdulillah,akhirnya dapat jugak kos yang aku mintak tu..'Sarjana Muda Kaunseling'..boleh la aku bawak diri jauh2 lepas ni,hirup udara baru dan segar bugar kat sana nanti..makang kopok lekor la aku,dok kecek ganu la aku pah ni..hahaha

korang2,doakan aku berjaya ye..lebih berjaya.InsyaAllah..Amin. :)

Monday, 17 December 2012

~minggu orientasi~



Assalamualaikum :).nampaknya ada masa la pulak kan aku update blog ni..heheh..sementara menunggu pelajar pulang,curi2 masa sikit nak update blog ni.

oklah..hari ni aku nak cerita tentang 'minggu orientasi' di CIC..hampir 2 bulan jugakla aku disini..dan ini pertama kali aku buat orientasi bersama pelajar baru.kebanyakan new student dari usia 3 tahun hingga 6 tahun.aku pula tahun depan akan jadi guru kelas untuk student 3 tahun,aduhaiii anak2 ku sayang...kecik2 nya kamu dah pergi sekolah,moga teacher sabar la ye dalam mendidik kamu.Amin.

hari ni,ada jugak budak2 yang menangis nak mama,papa,mummy n daddy..adoii..rasa penat menghadapi situasi ini,tapi sepanjang hari aku cuba tersenyum untuk hilangkan tekanan.nanti buat muka masam tak best la pulak..hahahah..
maybe la,mereka nak adapt dengan situasi persekolahan kan.maklumlah tak biasa lagi pergi sekolah..aku faham situasi ni.mungkin hari ni kurang berjaya tawan hati budak2,tapi esok hari dengan azam..In shaa Allah..aku dan krew yang lain dapat lakukan yang terbaik.apepun..gud luck for myself and all the krews especially cic krews..gud luck and chaiyok2..moga Allah permudahkan usaha kita dalam mendidik anak bangsa,.heheh..Amin

"dari pagi tak jamah makanan,petang2 ni lapar pulak..nasib baik le aku ni rajin sikit..hahaah..masakk le dan melantak la kami..sampai habis makanan :)..hehhe:)

 ;)

Saturday, 15 December 2012

coolblog & takoyaki


Assalamualaikum dan salam ceria semua ^_^..sihat ke?dah lama tak update blog kan..rasa rindu pulak nak tulis something disini.oklahh..hari ni aku nak post tentangggg coolblog dan takoyaki..wah2..akhirnya dapat jugak melepaskan hajat setelah sekian lama terpendam dihati.



coolblog :)


takoyaki :)

Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak aku merasai dan menikmati makanan ini :)..tapi aku nak ucapkan terima kasih pada kawan baik aku since darjah satu lagi..nor fatihah bt md zim sebab sudi keluar dan temankan aku pergi JJ dan Wangsa walk:)..aku tahu ikutkan nafsu sangat tak boleh juga kan tapi aku dah teringin sangat.
tapi takpe,tahan la untuk beberapa bulan ni.

haaaa...fokus kerja esok ada orientation untuk students baru..takut,nervous..sebab first time nak buat orientation ni..huhhuh:)...emmmm....moga dipermudahkan segala urusan Amin Ya Allah.
akhir kata..aku nak puisi sikit la kan..heheh


"Tuhanku..aku sering mengharapkan yang terbaik dalam hidupku ini
aku sendiri tak mengetahui apa pengakhiran hidupku
aku juga tidak tahu siapa yang membenciku dan menyayangiku
maafkan aku Tuhan andai diri ini penuh noda
kesilapan yang dulu ingin aku perbetulkan
aku juga mahu menjadi insan yang baik di pandanganMu
maafkan aku andai aku punya kesalahan pada dirimu
tak menjaga hatimu,ambil kisah pada setiap kata2 dan gurauanmu
maafkan aku..aku cuma insan biasa yang tak pernah lepas dari kesilapan
doaku moga kamu sentiasa dalam rahmatNya"




untuk menjaga memang payah..terkadang hati sendiri pun susah untuk dijaga.

"sambil menyelam minum air..agak2,lama lagi aku nak update"

menunggu detikk itu datang..UPSI..moga kaki ini dapat melangkah ke sana.penghidupan yang baru
nafas yang baru dan segalanya baru..tapi..mungkinkah hati ini juga baru...tepuk dada tnya pada diri. :P

Saturday, 17 November 2012

~sayyy noo~



Assalamualaikum semuaa,selamat pagi wahai insan2 yang ku sayangi.moga kalian mendapat rahmat dariNYA.Alhamdulillah..hari2 yang aku jalani semakin bahagia,moga bahagia akan terus berkekalan hingga akhirnya.Amin :)


emm..tapi disebalik semua ini..ada sesuatu yang ingin aku luahkan mengenai perasaan ini
'plizz..dont be nice to me,im afraid i fall in love again'
hati aku lembut,cepat tertarik bila ada yang baik padaku,layan kerenahku..aku takut untuk jatuh cinta lagi
bagiku..cukup hanya sekali dan menunggu yang halal itu yang terbaik.
aku tak mahu kecewa untuk kali kedua.
mungkin menahan perasaan ini yang utama.hati rasa gembira bila dia ada dan menemaniku untuk berbual
haaaaaaaaaaaa..sungguh payah aku rasa..mungkin bagi dia,aku cuma teman biasa dan aku juga tak boleh melangkaui batas2 itu.

tak mengapa..perjalanan hidup masih jauh lagi..fikirkan hal yang lebih penting dari itu.hidup perlu diteruskan dan bahagia dengan liku2 hidup ini.soal hati letaknya di tangga kedua dan yang paling utama adalah mengejar cita2 ku..:)


ingat tu wahai diri..jangan jadi pengejar cinta yang belum pasti kau akan dapat milikinya..cinta ILLAHI itu yang utama.bila aku mencintaiNYA DIA akan memberikan seseorang yang mencintaiNYA juga.
In Shaa Allah :)


dan bercita2lah untuk sentiasa gembira bukan sedihh peneman diri :)
Allah itu ada,selagi kita dekat padaNYA
Allah itu jauh bila kita jauh dariNYA
oleh itu wahai diri..bahagialah engkau dengan aturan penciptaMU
redhalah pada takdirNYA


~bahagia...!!~



Tuhan..dengarkanlah suara hatiku
aku bahagia kini dalam hidupku
aku tak berdendam dengan dia yang beriku kesakitan
aku tahu Tuhan..
KAU ajari aku untuk merasa keperitan
agar dengannya aku tetap kuat

tapi..terkadang aku tersungkur juga
bila hati mengingati
aku cuba menggali semula perasaan ini
untukku berikan padanya
ternyata dia tiada dihatiku

mungkin kalimat itu menjadi kenyataan
terkubur disaat dia menolak rasa ini
maafkan aku bila aku tak memberi kasih ini
aku ingin bahagia dengan hidupku dan caraku

moga kau bahagia dengan hidupmu
cuma sekadar kawan biasa
yang menghiasi hidupmu
dulu adalah kenangan..hari ini kenyataan dan esok sebuah harapan

sesungguhnya aku redha dengan takdir ini
tak mungkin lagi ku berpaling padamu



Sunday, 7 October 2012

suara hati atau sekadar suka-suki...??



Assalamualaikum dan salam ceria buat korang2 semua..hepii2 selalu yerr..jangan masam2 sangat muka tu..tak cute,tak comel tau..bila kita senyum..sure korang awet muda..heheh:)

sekarang ni pun,aku tak tau nak buat ape,sebab dah duduk goyang kaki kat rumah je ni..heheh..nak menggemukkan badan sebab i kurus dan tak berisi...hahha..agak kelakar disitu ye:)

oklahh..aku cuma nak tell something je..about..suara hati?atau suka-suki?
perghhh..macam artis pulakk..siapala aku kan..just simple person.actually,ape yang aku post kat blog aku ni ada tentang aku dan mungkin sekadar isi masa lapang je kot..tak payah nak herann sangat la kann..my blogg,so aku bebas buat ape jerr..hehehh..untuk isi masa lapang..untuk release tension..lebih baik kan post kat blog aku :)..tak mengapa..yang selebihnya hnya aku sahaja yang tahu.just enjoy la ehh membaca walaupun aku tahu,ada banyak blog lagi yang menarik terhebat dari aku kan.its okeyy..masing2 ada taste masing2 kan.

aku hepii..Alhamdulillah :)

Saturday, 29 September 2012

~~selamat tinggal~~




Assalamualaikum dan senyum selalu..:)
hidup ini tak pernah kita jangka bagaimana dan kenapa semuanya terjadi dan berlaku..tapi..kita kena redha dan terima setiap sesuatu terjadi ada hikmah di sebaliknya.yang penting kita senyum2 selalu..hepii n cheers always :)

yeeee..selamat tinggal aku ucapkan pada dia yang pernah menghuni dalam hati ini..terima kasih untuk segalanya..pergila awak..pergilah dari hidup saya..saya dah tak sanggup menanggung sagala perasaan yang bersarang di hati ini.mungkin ini yang terbaik awak..pergilahh awakk...:')


kita mulakan dengan langkah yang baru..perasaan yang baru..
tipulahh..saya pon sebenarnya tak boleh tipu perasaan saya sendiri yang saya masih ada sayang untuk awak.. awakkk..biarlah takdir tentukan segalanya.saya tak nak dah berharap apa2 dari awak.
cukuplahh sampai sini saja perasaan ini untuk awak..mungkin mencintai kamu dalam diam adalah yang terbaik.saya doakan yang terbaik untuk awak.
jaga diri selalu.Assalamualaikum.
:')


'mencintai kamu dalam diam mungkin yang terbaik
pendamkan perasaan kerana kamu belum halal bagiku
tak mengapa..aku redha..dan sedikit ketenangan mengalir di ruang hati
kerana DIA mengatur yang terbaik untukku
aku percaya'

Friday, 21 September 2012

~DIA...~


Tuhanku..adakah dia untukku?
yang diciptakan untukku untuk hidup bersama..
dulu..rasa ini semakin tebal untuknya
tapi..kenapa semakin aku ingin untuk hidup bersamanya
semakin rasa ini membelah dua dan dilemaku dalam mencintainya

Tuhan..terkadang ku rasa cemburu akannya
di malam yang sepi..hangat mengalir titisan embun di ruang mataku
dalam setiap doaku berharap yang terbaik dalam pengakhiran hidupku

Tuhan..aku lemah dalam cintanya
aku diburu rasa takut,gelisah,kecewa dan
rasa kesakitan semakin terasa dari lubuk hati ini

Semakin aku ingin dia jauh
semakin hatiku dihiris sembilu
pedihnya rasa ini..menunggu dia membuatku tak berdaya

ligat diriku menantikannya..
menunggu panggilannya..
Tuhanku..tak termampu aku untuk meluahkan perasaan ini
aku rapuh dalam langkahku..

~dia dihatiku..meski kau bukan milikku..doaku sentiasa bersamamu~



dia wajah kesayanganku..tapi adakah dia untukku?
rapuhku dalam langkah..terkaku diriku mengingati kamu
hanya doa aku mampu berikan meski kau makin menjauh
moga takdir ini adalah yg terbaik
dan aku redha melepaskanmu meski aku sakit melaluinya.


Wednesday, 25 July 2012

dulu..semalam..hari ini


" Dulu..kenangan silam yang sentiasa terbayang diruang mataku
menyaksikan detik bahagia bersama
suka,duka,perit,bahagia kita lalui juga
yang banyak mengajar erti kawan,berdikari dan semangat

Semalam..kenangan yang baru aku tinggalkan
terbit bahagia menerjah diruang hati
sama sahaja..mengajarku erti hidup
diruang waktu..aku mencari diri untukku perbaiki
banyak dugaan dalam ruang waktu ini
perlukan kekuatan untuk menembusinya

Hari ini..kenangan akan terjadi
aku dewasa kini dalam melayari bahtera hidup
bertatih aku mengorak langkah
untukku terus kehadapan

Esok..aku tidak pasti apa yang akan terjadi
belum lagi menjadi kenangan "




Rindu teman,rindu kawan rindu pada segalanya..rindu tentang kisah dulu.

we are form 5 tawakal girls student :)..last day SPM..bye Syariah

"kawan selamanya"

smart girls,cute girls..we are hepi family in Tawakal :)
misssssss u allzz so much <3 <3 <3

my hostel :)..all girlss Tawakal here:)

.
.
.
.
^
gambar diatas ni masa form 4 n 5 :)

Sunday, 22 July 2012

Ahlan Ya Ramadhan

Ahlan wasahlan ya Ramadhan..Ramadhan is back :)
jom2,kita umat islam tingkatkan amalan di bulan mulia ini..bulan yang lebih baik dari seribu bulan.
Terawih tu jangan selalu miss okeh :)..tapi bagi org pempuan yg cuti2 malaysia tu xpelah,zikir dalam hati.


"Syukur Alhamdulillah aku ucapkan padaMu Ya Allah kerana memberiku peluang untukku merasai lagi nikmat puasa di bulan Ramadhan ini.aku tidak tahu,mungkin ini Ramadhanku yang terakhir..ampunilah aku yg penuh dosa ini.hanya Engkau yang layak mengampuniku".

bila datang je bulan puasa ni,of coz famous dengan 'bazar Ramadhan'..banyak betul hidangan,jualan yang dijual.makanan yang tak pernah kita tengok dan lihat pun ada jual jugak.tapi..haaaa...ingat2 selalu,jangan membazir tau..membazir tu amalan...syaitan..bagus anak2 murid cikgu..hehehe.
adoiii...bila time puasa jugak,mercun mali..mercun mali..
main mercun sampai tak ingat dunia..bila da sakit barula nak ingat dunia..mak ayah..menjerit melolong minta tolong..menjeri kata sakit..sakit..tu laaa...nak seronok sangat,padah yang dapat..lebih baik pergi terawih dapat jugak pahala..kan kawan2 :)


ape2pun..beringatlah selalu..ingat org tersayang :)
duit yang ada,moh la menabung ye untuk masa depan,xdelah terbuang begitu sahaja.
moga2 Ramadhan kali ini akan lebih bermakna lagi :)
jangan sedih2..hepi2 selalu.

~peace~

Sunday, 1 July 2012

~Berikanku Jalan Yang Indah~


Berikanku jalan yang indah
untukku lakarkan didalam hati
jalan yang dipenuhi bunga warna warni
itulah lukisan hati


jalan yang indah itu
aku hiaskannya dalam kamar memori
tidak akan tercuit walau sedikit pun
akanku kunci rapat
tiada siapa yang temui jalan yang indah
hanya kamu dan aku didalamnya

berikanku jalan yang indah
agarku merasa manisnya

suami solehh..dambaan wanita



Assalamualaikum semua..may Allah bless all of us with HIS rahmah :)
u allz..cik yanie pasti semua wanita mahukan lelaki ataupun suami yang soleh,yang boleh mmbimbing kita kan..yang sayangkan kita dan cintakan kita hanya keranaNya..jadilah yang solehah baru kita temui yang soleh,InsyaAllah.Cik yanie harap cik yanie dapat suami dambaan cik yanie dunia dan akhirat..bialah rindu,cinta hanya untuk dia..kekasih hatiku hingga ke firdausi,Amin.Dan moga dia tercipta untuk cik yanie.Jangan lupa berdoa supaya dia milik kita..jika bukan,pasrahkan dan serahkan segala urusan padaNya.HE knows everything.

Disini ada 18 ciri lelaki soleh untuk para wanita yang inginkan suami seperti ini :)
cik yanie copy n paste from facebook,share2 ilmu..moga2 diberkati.

‎:: 18 CIRI SUAMI SOLEH ::

1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.


Saturday, 23 June 2012

one month..i'm still waiting..




Ehem..ehem..Assalamualaikum :) apa khabar?ok je kan hari ni?smile always ok
one month..im still waiting for u ohh my future,ohh my pretty...erkkk..apalah yang cik yanie merepek ni..huhu
bukan menunggu sang arjuna ok..tapi cik yanie sedang menantikan panggilan untuk sambung blajar ke ipta laa u allz
hope,hope and hope..Ya Allah permudahkanla urusanku,pekerjaanku..mudah-mudahan aku diterima masuk ke universiti.:)emm..tapi..sedih sangat kalau tak sambung blaja..oh mengapakah..
think and think and think again..apa yang cik yanie akan lakukan jika perkara itu terjadi?bekerjalah jawapannya..kumpul duit nak kawenn..oh mama,saya mahu kawen..emm,si dia pon lambat lagi tamat blaja.
actually,cik yanie sangat jeles pada mereka yang punya degree..so,i also want it..yess,i want it
bila kita tak dapat memiliki sesuatu,redha itu kena ada..mungkin ada hikmah disebaliknya
heyy..don't sad..la tahzan :)just think for the future..ada banyak cara untuk kita berjaya selain dpat segulung ijazah..yang penting kita berusaha dan berfikir cara untuk berjaya dan kaya :)hehe..kata2 ni untuk hati cik yanie jugak..manala tau,kot2 tak dapat apa yang diimpikan :)
HE knows everything and just pray to HIM :)


'jangan ragu dan jangan kecewa
perancanganNYA maha hebat
DIA tahu rasa dan kehendak hambaNYA
berdoa,berusaha dan bertawakkal
DIA bersama kita'

~~~peace~~~

Friday, 22 June 2012

~Hati Berbunga..~



Hati ini berbunga riang seperti di taman-taman bunga :)
indahnya perasaan ini bila diri sudah mula disayangi dan dicintai
lebih indah lagi jika diri dilamar untuk bersama disisi
tak siapa tahu..jodoh itu rahsia
yang agak sulit untuk dimengertikan

awak..biarpun ketika dulu banyak bunga mekar di hati awak
saya setia menunggu awak..
mungkin kerana hati ini untuk awak..
setia ini untuk awak
awak...selama ini tidak pernah saya setia menunggu sesiapa kecuali diri awak
saya sendiri pun tidak memahami hati ini

moga sayang awak hanya untuk saya
cinta awak untuk saya
meskipun saya tahu mungkin awak bukan untuk saya
saya harap saya kuat bila awak tiada di sisi saya
mengindahkan hari saya
membuat saya tersenyum selalu

awak pernah membuatkan hati saya menangis 
saya tahan dan sabarkan hati ini
menghantar kalam doa padaNYA
moga awak untuk saya
awak..di akhir doa saya,saya berharap awakla pemilik tulang rusuk saya
awaklah yang akan membimbing saya untuk jalan yang diredhai

saya tahu,mungkin saya terlalu berharap pada awak
tapi..itulah kenyataan yang tak boleh saya sangkal
kerana hati ini sayangkan awak
pernah juga saya cuba melupakan awak
tapi saya tak mampu..bayang awak sentiasa ada bersama saya

berharap awak jadi kekasih hati saya sampai ke firdausi <3 <3 <3