demi sebuah penantian
aku merelakan hati ini menanggung rasa
syahdu dijiwa,kesepian dihati
penantian itu menyeksakan
kesabaran diperlukan
tangisan peneman diri..memikirkan cinta hati yang jauh dari diri
aku pujuk hati untuk menunggu dengan setia
kerana disebalik kesulitan ada kemudahan
memaksa bibir untuk terus tersenyum
meskipun hati merasa pedih untuk melaluinya
dia cinta hatiku
kerana dirinya aku setia menanti
demi sebuah penantian
akan aku jalaninya