Monday 17 December 2012

~minggu orientasi~



Assalamualaikum :).nampaknya ada masa la pulak kan aku update blog ni..heheh..sementara menunggu pelajar pulang,curi2 masa sikit nak update blog ni.

oklah..hari ni aku nak cerita tentang 'minggu orientasi' di CIC..hampir 2 bulan jugakla aku disini..dan ini pertama kali aku buat orientasi bersama pelajar baru.kebanyakan new student dari usia 3 tahun hingga 6 tahun.aku pula tahun depan akan jadi guru kelas untuk student 3 tahun,aduhaiii anak2 ku sayang...kecik2 nya kamu dah pergi sekolah,moga teacher sabar la ye dalam mendidik kamu.Amin.

hari ni,ada jugak budak2 yang menangis nak mama,papa,mummy n daddy..adoii..rasa penat menghadapi situasi ini,tapi sepanjang hari aku cuba tersenyum untuk hilangkan tekanan.nanti buat muka masam tak best la pulak..hahahah..
maybe la,mereka nak adapt dengan situasi persekolahan kan.maklumlah tak biasa lagi pergi sekolah..aku faham situasi ni.mungkin hari ni kurang berjaya tawan hati budak2,tapi esok hari dengan azam..In shaa Allah..aku dan krew yang lain dapat lakukan yang terbaik.apepun..gud luck for myself and all the krews especially cic krews..gud luck and chaiyok2..moga Allah permudahkan usaha kita dalam mendidik anak bangsa,.heheh..Amin

"dari pagi tak jamah makanan,petang2 ni lapar pulak..nasib baik le aku ni rajin sikit..hahaah..masakk le dan melantak la kami..sampai habis makanan :)..hehhe:)

 ;)

Saturday 15 December 2012

coolblog & takoyaki


Assalamualaikum dan salam ceria semua ^_^..sihat ke?dah lama tak update blog kan..rasa rindu pulak nak tulis something disini.oklahh..hari ni aku nak post tentangggg coolblog dan takoyaki..wah2..akhirnya dapat jugak melepaskan hajat setelah sekian lama terpendam dihati.



coolblog :)


takoyaki :)

Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak aku merasai dan menikmati makanan ini :)..tapi aku nak ucapkan terima kasih pada kawan baik aku since darjah satu lagi..nor fatihah bt md zim sebab sudi keluar dan temankan aku pergi JJ dan Wangsa walk:)..aku tahu ikutkan nafsu sangat tak boleh juga kan tapi aku dah teringin sangat.
tapi takpe,tahan la untuk beberapa bulan ni.

haaaa...fokus kerja esok ada orientation untuk students baru..takut,nervous..sebab first time nak buat orientation ni..huhhuh:)...emmmm....moga dipermudahkan segala urusan Amin Ya Allah.
akhir kata..aku nak puisi sikit la kan..heheh


"Tuhanku..aku sering mengharapkan yang terbaik dalam hidupku ini
aku sendiri tak mengetahui apa pengakhiran hidupku
aku juga tidak tahu siapa yang membenciku dan menyayangiku
maafkan aku Tuhan andai diri ini penuh noda
kesilapan yang dulu ingin aku perbetulkan
aku juga mahu menjadi insan yang baik di pandanganMu
maafkan aku andai aku punya kesalahan pada dirimu
tak menjaga hatimu,ambil kisah pada setiap kata2 dan gurauanmu
maafkan aku..aku cuma insan biasa yang tak pernah lepas dari kesilapan
doaku moga kamu sentiasa dalam rahmatNya"




untuk menjaga memang payah..terkadang hati sendiri pun susah untuk dijaga.

"sambil menyelam minum air..agak2,lama lagi aku nak update"

menunggu detikk itu datang..UPSI..moga kaki ini dapat melangkah ke sana.penghidupan yang baru
nafas yang baru dan segalanya baru..tapi..mungkinkah hati ini juga baru...tepuk dada tnya pada diri. :P