Monday 17 December 2012

~minggu orientasi~



Assalamualaikum :).nampaknya ada masa la pulak kan aku update blog ni..heheh..sementara menunggu pelajar pulang,curi2 masa sikit nak update blog ni.

oklah..hari ni aku nak cerita tentang 'minggu orientasi' di CIC..hampir 2 bulan jugakla aku disini..dan ini pertama kali aku buat orientasi bersama pelajar baru.kebanyakan new student dari usia 3 tahun hingga 6 tahun.aku pula tahun depan akan jadi guru kelas untuk student 3 tahun,aduhaiii anak2 ku sayang...kecik2 nya kamu dah pergi sekolah,moga teacher sabar la ye dalam mendidik kamu.Amin.

hari ni,ada jugak budak2 yang menangis nak mama,papa,mummy n daddy..adoii..rasa penat menghadapi situasi ini,tapi sepanjang hari aku cuba tersenyum untuk hilangkan tekanan.nanti buat muka masam tak best la pulak..hahahah..
maybe la,mereka nak adapt dengan situasi persekolahan kan.maklumlah tak biasa lagi pergi sekolah..aku faham situasi ni.mungkin hari ni kurang berjaya tawan hati budak2,tapi esok hari dengan azam..In shaa Allah..aku dan krew yang lain dapat lakukan yang terbaik.apepun..gud luck for myself and all the krews especially cic krews..gud luck and chaiyok2..moga Allah permudahkan usaha kita dalam mendidik anak bangsa,.heheh..Amin

"dari pagi tak jamah makanan,petang2 ni lapar pulak..nasib baik le aku ni rajin sikit..hahaah..masakk le dan melantak la kami..sampai habis makanan :)..hehhe:)

 ;)

Saturday 15 December 2012

coolblog & takoyaki


Assalamualaikum dan salam ceria semua ^_^..sihat ke?dah lama tak update blog kan..rasa rindu pulak nak tulis something disini.oklahh..hari ni aku nak post tentangggg coolblog dan takoyaki..wah2..akhirnya dapat jugak melepaskan hajat setelah sekian lama terpendam dihati.



coolblog :)


takoyaki :)

Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak aku merasai dan menikmati makanan ini :)..tapi aku nak ucapkan terima kasih pada kawan baik aku since darjah satu lagi..nor fatihah bt md zim sebab sudi keluar dan temankan aku pergi JJ dan Wangsa walk:)..aku tahu ikutkan nafsu sangat tak boleh juga kan tapi aku dah teringin sangat.
tapi takpe,tahan la untuk beberapa bulan ni.

haaaa...fokus kerja esok ada orientation untuk students baru..takut,nervous..sebab first time nak buat orientation ni..huhhuh:)...emmmm....moga dipermudahkan segala urusan Amin Ya Allah.
akhir kata..aku nak puisi sikit la kan..heheh


"Tuhanku..aku sering mengharapkan yang terbaik dalam hidupku ini
aku sendiri tak mengetahui apa pengakhiran hidupku
aku juga tidak tahu siapa yang membenciku dan menyayangiku
maafkan aku Tuhan andai diri ini penuh noda
kesilapan yang dulu ingin aku perbetulkan
aku juga mahu menjadi insan yang baik di pandanganMu
maafkan aku andai aku punya kesalahan pada dirimu
tak menjaga hatimu,ambil kisah pada setiap kata2 dan gurauanmu
maafkan aku..aku cuma insan biasa yang tak pernah lepas dari kesilapan
doaku moga kamu sentiasa dalam rahmatNya"




untuk menjaga memang payah..terkadang hati sendiri pun susah untuk dijaga.

"sambil menyelam minum air..agak2,lama lagi aku nak update"

menunggu detikk itu datang..UPSI..moga kaki ini dapat melangkah ke sana.penghidupan yang baru
nafas yang baru dan segalanya baru..tapi..mungkinkah hati ini juga baru...tepuk dada tnya pada diri. :P

Saturday 17 November 2012

~sayyy noo~



Assalamualaikum semuaa,selamat pagi wahai insan2 yang ku sayangi.moga kalian mendapat rahmat dariNYA.Alhamdulillah..hari2 yang aku jalani semakin bahagia,moga bahagia akan terus berkekalan hingga akhirnya.Amin :)


emm..tapi disebalik semua ini..ada sesuatu yang ingin aku luahkan mengenai perasaan ini
'plizz..dont be nice to me,im afraid i fall in love again'
hati aku lembut,cepat tertarik bila ada yang baik padaku,layan kerenahku..aku takut untuk jatuh cinta lagi
bagiku..cukup hanya sekali dan menunggu yang halal itu yang terbaik.
aku tak mahu kecewa untuk kali kedua.
mungkin menahan perasaan ini yang utama.hati rasa gembira bila dia ada dan menemaniku untuk berbual
haaaaaaaaaaaa..sungguh payah aku rasa..mungkin bagi dia,aku cuma teman biasa dan aku juga tak boleh melangkaui batas2 itu.

tak mengapa..perjalanan hidup masih jauh lagi..fikirkan hal yang lebih penting dari itu.hidup perlu diteruskan dan bahagia dengan liku2 hidup ini.soal hati letaknya di tangga kedua dan yang paling utama adalah mengejar cita2 ku..:)


ingat tu wahai diri..jangan jadi pengejar cinta yang belum pasti kau akan dapat milikinya..cinta ILLAHI itu yang utama.bila aku mencintaiNYA DIA akan memberikan seseorang yang mencintaiNYA juga.
In Shaa Allah :)


dan bercita2lah untuk sentiasa gembira bukan sedihh peneman diri :)
Allah itu ada,selagi kita dekat padaNYA
Allah itu jauh bila kita jauh dariNYA
oleh itu wahai diri..bahagialah engkau dengan aturan penciptaMU
redhalah pada takdirNYA


~bahagia...!!~



Tuhan..dengarkanlah suara hatiku
aku bahagia kini dalam hidupku
aku tak berdendam dengan dia yang beriku kesakitan
aku tahu Tuhan..
KAU ajari aku untuk merasa keperitan
agar dengannya aku tetap kuat

tapi..terkadang aku tersungkur juga
bila hati mengingati
aku cuba menggali semula perasaan ini
untukku berikan padanya
ternyata dia tiada dihatiku

mungkin kalimat itu menjadi kenyataan
terkubur disaat dia menolak rasa ini
maafkan aku bila aku tak memberi kasih ini
aku ingin bahagia dengan hidupku dan caraku

moga kau bahagia dengan hidupmu
cuma sekadar kawan biasa
yang menghiasi hidupmu
dulu adalah kenangan..hari ini kenyataan dan esok sebuah harapan

sesungguhnya aku redha dengan takdir ini
tak mungkin lagi ku berpaling padamu



Sunday 7 October 2012

suara hati atau sekadar suka-suki...??



Assalamualaikum dan salam ceria buat korang2 semua..hepii2 selalu yerr..jangan masam2 sangat muka tu..tak cute,tak comel tau..bila kita senyum..sure korang awet muda..heheh:)

sekarang ni pun,aku tak tau nak buat ape,sebab dah duduk goyang kaki kat rumah je ni..heheh..nak menggemukkan badan sebab i kurus dan tak berisi...hahha..agak kelakar disitu ye:)

oklahh..aku cuma nak tell something je..about..suara hati?atau suka-suki?
perghhh..macam artis pulakk..siapala aku kan..just simple person.actually,ape yang aku post kat blog aku ni ada tentang aku dan mungkin sekadar isi masa lapang je kot..tak payah nak herann sangat la kann..my blogg,so aku bebas buat ape jerr..hehehh..untuk isi masa lapang..untuk release tension..lebih baik kan post kat blog aku :)..tak mengapa..yang selebihnya hnya aku sahaja yang tahu.just enjoy la ehh membaca walaupun aku tahu,ada banyak blog lagi yang menarik terhebat dari aku kan.its okeyy..masing2 ada taste masing2 kan.

aku hepii..Alhamdulillah :)

Saturday 29 September 2012

~~selamat tinggal~~




Assalamualaikum dan senyum selalu..:)
hidup ini tak pernah kita jangka bagaimana dan kenapa semuanya terjadi dan berlaku..tapi..kita kena redha dan terima setiap sesuatu terjadi ada hikmah di sebaliknya.yang penting kita senyum2 selalu..hepii n cheers always :)

yeeee..selamat tinggal aku ucapkan pada dia yang pernah menghuni dalam hati ini..terima kasih untuk segalanya..pergila awak..pergilah dari hidup saya..saya dah tak sanggup menanggung sagala perasaan yang bersarang di hati ini.mungkin ini yang terbaik awak..pergilahh awakk...:')


kita mulakan dengan langkah yang baru..perasaan yang baru..
tipulahh..saya pon sebenarnya tak boleh tipu perasaan saya sendiri yang saya masih ada sayang untuk awak.. awakkk..biarlah takdir tentukan segalanya.saya tak nak dah berharap apa2 dari awak.
cukuplahh sampai sini saja perasaan ini untuk awak..mungkin mencintai kamu dalam diam adalah yang terbaik.saya doakan yang terbaik untuk awak.
jaga diri selalu.Assalamualaikum.
:')


'mencintai kamu dalam diam mungkin yang terbaik
pendamkan perasaan kerana kamu belum halal bagiku
tak mengapa..aku redha..dan sedikit ketenangan mengalir di ruang hati
kerana DIA mengatur yang terbaik untukku
aku percaya'

Friday 21 September 2012

~DIA...~


Tuhanku..adakah dia untukku?
yang diciptakan untukku untuk hidup bersama..
dulu..rasa ini semakin tebal untuknya
tapi..kenapa semakin aku ingin untuk hidup bersamanya
semakin rasa ini membelah dua dan dilemaku dalam mencintainya

Tuhan..terkadang ku rasa cemburu akannya
di malam yang sepi..hangat mengalir titisan embun di ruang mataku
dalam setiap doaku berharap yang terbaik dalam pengakhiran hidupku

Tuhan..aku lemah dalam cintanya
aku diburu rasa takut,gelisah,kecewa dan
rasa kesakitan semakin terasa dari lubuk hati ini

Semakin aku ingin dia jauh
semakin hatiku dihiris sembilu
pedihnya rasa ini..menunggu dia membuatku tak berdaya

ligat diriku menantikannya..
menunggu panggilannya..
Tuhanku..tak termampu aku untuk meluahkan perasaan ini
aku rapuh dalam langkahku..

~dia dihatiku..meski kau bukan milikku..doaku sentiasa bersamamu~



dia wajah kesayanganku..tapi adakah dia untukku?
rapuhku dalam langkah..terkaku diriku mengingati kamu
hanya doa aku mampu berikan meski kau makin menjauh
moga takdir ini adalah yg terbaik
dan aku redha melepaskanmu meski aku sakit melaluinya.


Wednesday 25 July 2012

dulu..semalam..hari ini


" Dulu..kenangan silam yang sentiasa terbayang diruang mataku
menyaksikan detik bahagia bersama
suka,duka,perit,bahagia kita lalui juga
yang banyak mengajar erti kawan,berdikari dan semangat

Semalam..kenangan yang baru aku tinggalkan
terbit bahagia menerjah diruang hati
sama sahaja..mengajarku erti hidup
diruang waktu..aku mencari diri untukku perbaiki
banyak dugaan dalam ruang waktu ini
perlukan kekuatan untuk menembusinya

Hari ini..kenangan akan terjadi
aku dewasa kini dalam melayari bahtera hidup
bertatih aku mengorak langkah
untukku terus kehadapan

Esok..aku tidak pasti apa yang akan terjadi
belum lagi menjadi kenangan "




Rindu teman,rindu kawan rindu pada segalanya..rindu tentang kisah dulu.

we are form 5 tawakal girls student :)..last day SPM..bye Syariah

"kawan selamanya"

smart girls,cute girls..we are hepi family in Tawakal :)
misssssss u allzz so much <3 <3 <3

my hostel :)..all girlss Tawakal here:)

.
.
.
.
^
gambar diatas ni masa form 4 n 5 :)

Sunday 22 July 2012

Ahlan Ya Ramadhan

Ahlan wasahlan ya Ramadhan..Ramadhan is back :)
jom2,kita umat islam tingkatkan amalan di bulan mulia ini..bulan yang lebih baik dari seribu bulan.
Terawih tu jangan selalu miss okeh :)..tapi bagi org pempuan yg cuti2 malaysia tu xpelah,zikir dalam hati.


"Syukur Alhamdulillah aku ucapkan padaMu Ya Allah kerana memberiku peluang untukku merasai lagi nikmat puasa di bulan Ramadhan ini.aku tidak tahu,mungkin ini Ramadhanku yang terakhir..ampunilah aku yg penuh dosa ini.hanya Engkau yang layak mengampuniku".

bila datang je bulan puasa ni,of coz famous dengan 'bazar Ramadhan'..banyak betul hidangan,jualan yang dijual.makanan yang tak pernah kita tengok dan lihat pun ada jual jugak.tapi..haaaa...ingat2 selalu,jangan membazir tau..membazir tu amalan...syaitan..bagus anak2 murid cikgu..hehehe.
adoiii...bila time puasa jugak,mercun mali..mercun mali..
main mercun sampai tak ingat dunia..bila da sakit barula nak ingat dunia..mak ayah..menjerit melolong minta tolong..menjeri kata sakit..sakit..tu laaa...nak seronok sangat,padah yang dapat..lebih baik pergi terawih dapat jugak pahala..kan kawan2 :)


ape2pun..beringatlah selalu..ingat org tersayang :)
duit yang ada,moh la menabung ye untuk masa depan,xdelah terbuang begitu sahaja.
moga2 Ramadhan kali ini akan lebih bermakna lagi :)
jangan sedih2..hepi2 selalu.

~peace~

Sunday 1 July 2012

~Berikanku Jalan Yang Indah~


Berikanku jalan yang indah
untukku lakarkan didalam hati
jalan yang dipenuhi bunga warna warni
itulah lukisan hati


jalan yang indah itu
aku hiaskannya dalam kamar memori
tidak akan tercuit walau sedikit pun
akanku kunci rapat
tiada siapa yang temui jalan yang indah
hanya kamu dan aku didalamnya

berikanku jalan yang indah
agarku merasa manisnya

suami solehh..dambaan wanita



Assalamualaikum semua..may Allah bless all of us with HIS rahmah :)
u allz..cik yanie pasti semua wanita mahukan lelaki ataupun suami yang soleh,yang boleh mmbimbing kita kan..yang sayangkan kita dan cintakan kita hanya keranaNya..jadilah yang solehah baru kita temui yang soleh,InsyaAllah.Cik yanie harap cik yanie dapat suami dambaan cik yanie dunia dan akhirat..bialah rindu,cinta hanya untuk dia..kekasih hatiku hingga ke firdausi,Amin.Dan moga dia tercipta untuk cik yanie.Jangan lupa berdoa supaya dia milik kita..jika bukan,pasrahkan dan serahkan segala urusan padaNya.HE knows everything.

Disini ada 18 ciri lelaki soleh untuk para wanita yang inginkan suami seperti ini :)
cik yanie copy n paste from facebook,share2 ilmu..moga2 diberkati.

‎:: 18 CIRI SUAMI SOLEH ::

1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.


Saturday 23 June 2012

one month..i'm still waiting..




Ehem..ehem..Assalamualaikum :) apa khabar?ok je kan hari ni?smile always ok
one month..im still waiting for u ohh my future,ohh my pretty...erkkk..apalah yang cik yanie merepek ni..huhu
bukan menunggu sang arjuna ok..tapi cik yanie sedang menantikan panggilan untuk sambung blajar ke ipta laa u allz
hope,hope and hope..Ya Allah permudahkanla urusanku,pekerjaanku..mudah-mudahan aku diterima masuk ke universiti.:)emm..tapi..sedih sangat kalau tak sambung blaja..oh mengapakah..
think and think and think again..apa yang cik yanie akan lakukan jika perkara itu terjadi?bekerjalah jawapannya..kumpul duit nak kawenn..oh mama,saya mahu kawen..emm,si dia pon lambat lagi tamat blaja.
actually,cik yanie sangat jeles pada mereka yang punya degree..so,i also want it..yess,i want it
bila kita tak dapat memiliki sesuatu,redha itu kena ada..mungkin ada hikmah disebaliknya
heyy..don't sad..la tahzan :)just think for the future..ada banyak cara untuk kita berjaya selain dpat segulung ijazah..yang penting kita berusaha dan berfikir cara untuk berjaya dan kaya :)hehe..kata2 ni untuk hati cik yanie jugak..manala tau,kot2 tak dapat apa yang diimpikan :)
HE knows everything and just pray to HIM :)


'jangan ragu dan jangan kecewa
perancanganNYA maha hebat
DIA tahu rasa dan kehendak hambaNYA
berdoa,berusaha dan bertawakkal
DIA bersama kita'

~~~peace~~~

Friday 22 June 2012

~Hati Berbunga..~



Hati ini berbunga riang seperti di taman-taman bunga :)
indahnya perasaan ini bila diri sudah mula disayangi dan dicintai
lebih indah lagi jika diri dilamar untuk bersama disisi
tak siapa tahu..jodoh itu rahsia
yang agak sulit untuk dimengertikan

awak..biarpun ketika dulu banyak bunga mekar di hati awak
saya setia menunggu awak..
mungkin kerana hati ini untuk awak..
setia ini untuk awak
awak...selama ini tidak pernah saya setia menunggu sesiapa kecuali diri awak
saya sendiri pun tidak memahami hati ini

moga sayang awak hanya untuk saya
cinta awak untuk saya
meskipun saya tahu mungkin awak bukan untuk saya
saya harap saya kuat bila awak tiada di sisi saya
mengindahkan hari saya
membuat saya tersenyum selalu

awak pernah membuatkan hati saya menangis 
saya tahan dan sabarkan hati ini
menghantar kalam doa padaNYA
moga awak untuk saya
awak..di akhir doa saya,saya berharap awakla pemilik tulang rusuk saya
awaklah yang akan membimbing saya untuk jalan yang diredhai

saya tahu,mungkin saya terlalu berharap pada awak
tapi..itulah kenyataan yang tak boleh saya sangkal
kerana hati ini sayangkan awak
pernah juga saya cuba melupakan awak
tapi saya tak mampu..bayang awak sentiasa ada bersama saya

berharap awak jadi kekasih hati saya sampai ke firdausi <3 <3 <3

Monday 28 May 2012

Teacher's Day..sweet memory


Assalamualaikum dan salam ceriaa semua :)harap2 semua baik2 la ye..heheh
rasanya dah lamakan cik yanie tak post ape2 kat blog ni..almaklumla,semenjak dah kerja ni bizi la dengan anak2 yang ramai kat tadika tu:)..hehe..alahh,kalau cik yanie post pon mestila tentang sajak,puisi2 jiwang karat je kan!heehhe..itu hobi cik yanie la..suka jugakla mereka2,menulis sajak:)

Oklah..hari ni cik yanie nak post tentang Teacher's Day yang dah disambut pada hari jumaat lepas 25.5.2012:)
cik yanie rasa meriah jugakla sambutan kat tadika tu..meriah dengan makanan,hadiah..haaaaa memang jimat duit cik yanie pada masa kejadian,tak pyah susah2 nak beli makanan..heheh

Adalah jugak aktiviti untuk cikgu..satu aktiviti je pon..menghias murid guna surat khabar..cik yanie dan cikgu2 lain kena buat pakaian untuk murid yang dipilih oleh kami:)..masa tu,cik yanie memangla xde idea nak buat ape..cik yanie main tibai je..hehe..asalkan jadi rupa baju tu..tema untuk baju tu 'Hawaii Girl'..sedap tak bunyi?hehhe..itulah pengalaman pertama bila bergelar guru..seronoknya rasa:)Aktiviti untuk budak2 plak,mereka kena buat kad untuk hari ibu..cik yanie dan cikgu wina dah prepare brg untuk mereka..ala,mereka cuma tampal2 je..senang kan!:)hehe

Last sekali..heheh..dapat hadiah la dari anak murid..:)terharu la cik yanie rasa..trima kasih cik yanie ucapkan.Cik yanie cuma mengajar sekejap je dekat tadika tu,sementara menunggu tawaran smbung blaja lagi..doakan cik yanie ye..harap2 la dapat smbung blaja Amin:)


inilah mereka setelah siap dihias:)


kami barisan guru..cewahhh..haha;)


hero2 cerdikk;)

hasil karya mereka;)cantikkan..

Friday 11 May 2012

*Biarkan ia pergi jauh dari hati*



Kenangan semalam tak ingin aku ingati lagi..
semakin di ingat,semakin menyakitkan..
hidup ini..ingin aku lalui dengan penuh rasa bahagia
biarkan bahagia menguasai hati..bukan kesedihan menyelubungi diri
terkadang..aku tak mampu untuk meluahkan rasa hati secara lisan
hanya mampu melakarkan rahsia hati dengan kata-kata puitis

Bahagia aku bila dia ada denganku..
menyayanginya,merinduinya..tak pernah terlepas dari lubuk hati ini
bila dia mula sayangi diri ini..rasa dihargai
mungkin juga kerana penantianku tidak sia-sia
kalam doa diutuskan dalam setiap bisikanku padaNYA
:)

Tuhan..moga dia tercipta untukku..
hanya KAU yang tahu betapa aku sangat sayang akan dia
tak mampu untukku berjauhan darinya..
tak sanggup untukku kehilangannya..
kerana cinta ini hanya untuk dia..tolong biarkan aku untuk terus setia menanti


Saturday 28 April 2012

~Demi sebuah penantian~

demi sebuah penantian
aku merelakan hati ini menanggung rasa
syahdu dijiwa,kesepian dihati


penantian itu menyeksakan
kesabaran diperlukan
tangisan peneman diri..memikirkan cinta hati yang jauh dari diri

aku pujuk hati untuk menunggu dengan setia
kerana disebalik kesulitan ada kemudahan
memaksa bibir untuk terus tersenyum
meskipun hati merasa pedih untuk melaluinya


dia cinta hatiku
kerana dirinya aku setia menanti
demi sebuah penantian
akan aku jalaninya

Friday 20 April 2012

~kesepian dan rindu..~


kesepian itu...mengheret aku dalam episod sebuah rindu
yang sekian lama menjalar di dasar hatiku
aduhaiii rindu..aduhaii sepi
kenapa perlu membiarkan aku terus menerus merasainya

detik-detik waktu membiarkan aku dalam relung sepi
puas sudah ke mencari jalan keluar
untuk aku pergi dari sepi ini
tetap juga tidak ku temui


tapi..
rindu dan sepi sebuah kurniaan 
untuk mengajar aku erti kasih dan sayang
semakin rindu ini menjalar..semakin sayang ini membuak-buak
kerana aku rindu
kerana aku sepi
biarlah tetap di hatiku


kerana ia kurniaan Illahi

~apa itu bahagia..~



KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.
KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.
KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.
KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.
HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.
Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.
Tetapi ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN…
Itulah KEBAHAGIAAN!

PESANAN aku:

Jika SENDIRI jangan marasa SEPI.. Ada ALLAH yang MENGAWASI..
Jika SEDIH jangan PENDAM dalam HATI.. Ada ALLAH tempat BERDOA..
Jika MARAH jangan FIKIR dalam HATI.. Ada ALLAH tempat MENENANGKAN DIRI..
Jika SUSAH jangan MERASA PILU.. Ada ALLAH tempat MENGADU..
Jika GAGAL jangan BERPUTUS ASA.. Ada ALLAH tempat MEMINTA..
Jika BAHAGIA jangan menjadi LUPA.. Pada ALLAH tempat BERSYUKUR..



credit to:pakar diari hati

Friday 30 March 2012

~Tawaran kerja di Tadika Bijak~

Merujuk pada permohonan dan sesi temuduga yg dijalankan serta sesi latihan praktikal selama 2 bulan di Tadika Bijak,dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa puan(err..cik ye)ditawarkan jawatan sebagai Guru di Tadika Bijak.Tawaran ini adalah tertakluk kepada syarat2 berikut berkuatkuasa mulai 1 April 2012.


Dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan iaitu selama 3 bulan,mulai 1 April sehinnga 30 Jun 2012 dengan memegang jawatan sebagai guru...heheh..Alhamdulillah..dapat jugak kerja sebagai guru..dengan gaji yg agak bagus..tak kisahlah gaji brapa..aku trima je:)..moga Allah permudahkan jalan bagiku untuk mendidik anak bangsa..Amin:)

selamat hari lahir



'Selamat Hari Lahir' awak,saya doakan moga awak panjang umur,dimurahkan rezeki,bahagia selalu dan moga Allah selalu mrahmati awak.Sweet '21' :).
Awak..semoga perjalanan hidup yang awak ukir akan menjadi indah selalu..saya sentiasa ada untuk awak..sebab saya sayangkan awak:)..sepanjang perkenalan kita selama 3 tahun ni amat membuatkan saya rasa gembira dan saya harap awak juga gembira dengan saya..we are frens forever right..pliss..dont forget about our relation..i need u in my whole life.saya dah bagi hati saya pada awak..harap2..awak dapat jaga dengan baik:)Insyaallah..kalau ada jodoh,kita pasti bersama..dengan iringan doa..moga kau zauj ku..yang tercipta untukku.Gud luck in your life..:) <3 <3 <3..


26.march..always on my mind :) <3

Saturday 24 March 2012

'Teacher Yanie'



'Teacher..now im a teacher..teacher Yanie.:)..rasa macam tak percaya je kan bila org panggil kita teacher.Teacher,cikgu different sounds but it have same meaning.Berbanggala andainya kita bergelar seorang cikgu..mulianya menjadi seorang pendidik.mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna.tapi kebanyakan org berkata bahawa kerja cikgu ni goyang kaki je..just mengajar je pon..tanda buku,dapat gaji..dah blik rumah..hellooooo....dont judge teacher like that ok!cikgulah segala-galanya..tanpa cikgu,guru,teacher xdenye anak2 kome nak pndai mmbaca..punyala sabar cikgu mengajar anak2 tuan2 dan puan2 sekalian.

pesanan aku untuk ibubapa yg hntar anak mereka ke sekolah..tak kiralah tadika ke,sekolah rendah ke..please make sure yang korg2 ajar anak2 korang dulu sebelum masukkan ke sekolah.bukan apa..rata2 ibubapa lepas tangan dlm mndidik anak2..semuanya serahkan kat cikgu untuk mendidik..bagi aku..rumah adalah first center untuk ajar anak2 kita.ajar anak cara menghormati org yg lebih tua,ajar anak cara untuk berdikari..lagi satu..toksah la cakap dengan anak pelat2..nak 'mamam',nak cucu'..wrong way to teach your child..
p/s:pesanan ni pun untuk aku jugak yang akan bergelar seorg ibu walaupun lmbat lagi la aku nak kahwin kan:)..just for our reminder

tapi tak dinafikan..ada kepuasan dlm diri bila dapat ajar anak2 murid kita.kita berusaha sedaya upaya untuk didik mereka.give the best lesson..sabar tu mmg wajib ada dlm diri seorang guru..sabar..sabar..walaupun ada yg nakal2 giler..tapi kadang2..kehadiran mereka menceriakan hati..buat kita tersenyum..ada jugak yang mencium pipi ini bila kaki nak melangkah pulang ke rumah:)..perasaan ini rasa bahagia sangat2..suka jugak aku menyakat mereka..bila menyakat je ada yg tertunduk2 malu..heheh:)..ketegasan juga perlu ada.tak perlu memaki hamun mereka,pukul mereka..kalau dorg buat silap just tegur time tu jugak..


jadilah guru yang terbaik untuk anak2 muridmu..anggaplah mereka sebagai anakmu yg perlukan perhatian dan kasih sayang dan jangan membeza2kan mereka..layan sama rata..berlaku adil sesama mereka:)
moga Allah merahmati apa yg kita lakukan dengan niat untuk mendidik mereka mnjadi insan berguna pada agama,bgsa dan negara..:)Amin


Thursday 15 March 2012

~bawa aku pergi..!!~



Bawa aku pergi jauh darimu
andainya cintamu bukan untukku
membawa hatiku yang sarat dengan kelukaan
penuh duka bersarang dijiwaku
aku tidak mampu untuk terus bertahan mencintai kamu


mengapa saat aku ingin merasa bahagia
dugaan datang menerpa
mengusik jiwa dan hatiku
air mata..tidak dapatku bendung lagi..mengalir laju mencurah2
aku tahu..aku wanita biasa..
cinta itu boleh datang dan pergi..bisa juga kamu menjenguk cinta baru
tapi..kasih aku pada kamu sangat setia..
aku tegar membiarkan hati terluka dan dilukai..


jika cintamu bukan untukku..
pasrahkan aku untuk menerimanya
dengan seikhlas hatiku
meskipun..aku tidak sanggup untuk menjauh darimu

2 tahun 8 bulan



masih jelas di fikiranku akan kenangan semalam
selamanya dihati ini
macam2 memori yang kita cipta bersama
ada bahagia..ada duka
sentiasa kita bersama mengharungi perit2 hidup
susah dibantu,senang bersama
ohh sahabatku..sekarang sudah tiba masa untuk kita berjauhan


meninggalkan zaman kita sewaktu di kolej dahulu
salam perkenalan kita pada mulanya akan aku ingati
pelbagai ragam kita yang mencuit hati
ketawa bersama,senyum bersama,berjenaka bersama
akan aku ingati sampai bila2
kita terpisah jauh sekarang..membawa haluan masing2
meneruskan liku perjalanan yang makin panjang


lots of love..its just for you..
kasih,sayang hanya untuk kamu wahai sahabatku
bila salam sahabat dihulur.selamanya kamu sahabat aku:)
moga Allah merahmati kamu..ingatilah aku meskipun terkadang aku insan biasa yang bisa dilupakan..


ukhwah fillah abadan abada..:)

Monday 12 March 2012

sayang mak..sayang ayah..

Sayang mak..sayang ayah..
tipulah kalau xde perasaan sayang pada 2 insan yang mulia dimata kecilku ini
sayangku pada mereka tiada tara..sayangku melebihi segala-galanya..
kasihnya ibu bawa kesyurga..sayangnya ayah hingga akhir hayat...
pagi tadi..sebelum kaki ayah melangkah keluar..ayah berkata padaku 'kecik2 pun tetap anak ayah'
sayu...sungguhhh...yani sayang ayah..walaupun aku ni kecik..aku tetap anak ayah yang dia sayang:)
makk...yani pon sayang mak..marah mak bukan bermakna benci tapi marah mak kerana sayangkan kami:)...
dikala ini..aku mahu sangat menjadi kebanggaan mereka..aku mahu sangat membahagiakan mereka sampaikan sebelum ini hati aku pernah berkata...'biarlah segala kesakitan,keperitan aku yang tanggung'
mak..ayah..anakku cuba untuk menjadi anak yang terbaik..jika aku tidak mampu..maafkan aku mak..ayah..:)aku selalu berdoa agar kalian dipanjangkan umur..dan moga DIA merahmati dan mengampuni mak dan ayahku.
walau mereka tidak berharta tapi mereka kaya kasih sayang..mana ada ibubapa yang bencikan anak2nya..kalau benci dah lama kena tinggal kat tepi jalan tu..huhuhu...
hargailah mak dan ayah kita selagi mereka masih bernyawa..kasih sayang mereka tiada copy n paste ok..;)

~cAntIkkAN MataHaRI tErbEnaM...~

 


Subhanallah..Alhamdulillah..sesungguhnya tiada kuasa melainkan kuasaNYA..
cantikkan bila matahari terbenam?..bilalah agaknya impianku terlaksana untuk melihat sendiri matahari terbenam kat tepi pantai ;(..sapa yang sudi untuk membawaku pergi??..
perasaan ni dah lama sebenarnya..uhuk..uhuk..
aku pernah bagitahu dia yang aku teringin sangat nak tengok matahari terbenam..dia kata tunggu lepas kahwin ok..hmmm..Insyaallah jika ditakdirkan bersama.
seriously..aku rasa kagum,aku rasa kerdil sangat..ciptaan DIA maha hebat..cantik dan menenangkan jiwa selain aku pandang ke langit malam..heee..bunyi macam jiwang je..:)
Insyaallah..moga impian aku terlaksana..cewahhhh...misi diutamakan..:)



TaNyA sAmA HaTi...

Tanya sama hati..benarkah merindu masa berjauhan
apa nak dikenang jika itu tandanya sayang
Tanya sama hati..adakah cinta itu untuknya
apa lagi ingin dikatakan jika sememangnya untuknya
Tanya sama hati..pernahkah menangis untuk cinta?
bila cinta dibuka hati sedia terluka dan dilukai




Tanya sama hati..sudah bersediakah andainya cinta itu bukan untukmu?
merelakan dia pergi andai itu takdir yang terbaik

Saturday 3 March 2012

~tamat sudah praktikal~



Assalamualaikum dan salam ceria:) hepi2 selalu:)

Alhamdulillah,syukur padaNYA:)akhirnya praktikal aku dah TAMAT.hee..cuma tinggal presentation je lagi pada 11/3/2012 ni.Doakan aku semoga berjaya ye..aku takut dan nervous..menggigil kaki aku ni..hehe
selama 2 bulan aku praktikal dekat Tadika Bijak..banyak la ragam budak2 yang aku dapat lihat.

Dann...19/3/2012 ni aku kena pergi balik kat Tadika Bijak tu semula..nak tau sebab ape??
sebab..aku dapat kerja kat sana:)hihi..syukur la..boleh la aku kumpul duit untuk konvo dan degree..Alhamdulillah:)merasa jugak pengalaman bekerja tu kan

Aku sayang giler budak2 kat situ walaupun kadang2 dorang buat aku tension dengan kenakalan dorang
Tapi dorang jugak membahagiakan aku.Dapat pulak principal dan owner yang baik,yang banyak pengalaman dalam menghandle budak2.Mungkin..aku boleh kumpul pengalaman dan belajar dari mereka kan.Mereka kan banyak makan garam dari orang muda macam aku ni:)

Apapun..19/3 ni..aku pergi bukan sebagai guru praktikal:)..heheh..haahhhhhhhhhhh..tarik nafas dalam2 dan hembus..legaa laa..lepas berakhirnya 11/3 baru la lega yang teramat sangat.just tunggu result n pointer je.perghhh..brapa la aku dapat??harap2 dekan la untuk sem 8 ni..sem 7 aku da dapat dekan:)Alhamdulillah..tapi..yang penting CGPA tu.biar la dekan..harap2 dapat menaikkan lagi pointer aku..plizz..this my last sem n i hope can do more better:)Insyaallah.Amin

Wednesday 29 February 2012

~lelaki itu~





lelaki itu..
dari raut wajahnya ku tahu
dia lelaki yang baik
lelaki yang punya pesona

lelaki itu..
aku juga tahu bahawa ramai yang inginkannya
bahasanya,
sopan santunnya,
tingkahnya,
membuatkan ramai yang terbuai akan dia

lelaki itu..
tidaklah sekacak yang disangka
tetapi..
manisnya menambat hati
senyumannya memukau pandangan

lelaki itu..
moga dia tercipta untuk seseorang yang mencintainya
moga dua hati menjadi satu
moga lelaki itu menjadi imam yang dikagumi


lelaki itu..
yang mungkin bakal suamiku
jadilah imam yang terbaik
suami yang romantik
papa yang penyayang
bimbinglah aku yang bakal menjadi zaujahmu
sambutlah tanganku tika aku lemah
dan pautlah lenganku tika engkau tidak terdaya
kerana aku dan engkau saling memerlukan
sesungguhnya bakal suamiku..
aku mencintaimu seadanya:)

Sunday 26 February 2012

*Impianku*



Assalamualaikum :) and have a nice day..
Hari ni..aku nak share something about dream ataupun dalam bahasa melayu 'impian'..hehe
aku pasti..semua org ada impian kan..tak kira la impian apa pun..impian nak kawen ke,nak terbang ke..itu semua dinamakan impian..aku pun ada impian jugak..tinggi menggunung impian aku..macam2 la..nak tu la..nak ni la..hehe.aku pun tak tau sama ada impian aku tu tercapai ke tidak..huhu..yela kan..manusia tu hanya mmpu merancang je..tapi DIA yang menentukan:)..sekurang2nya kita boleh berusaha,berdoa dan bertawakkal supaya DIA memudahkan jalan untuk kita mencapainya:)

ok lah..berbalik pada impian aku..dulu2..time muda2 dulu(tua sgt ke aku ni)aku selalu berangan nak buka rumah anak yatim la,nak buka rumah org tua2 la..macam2 aku angankan..benda baikkan..so tak kesahla kalau nak berangan pun..err..berangan dengan impian tu sama tak??haha..ape2 jelah..
masa dekat plkn dulu..aku kena senaraikan impian/cita2 aku..banyak jugakla yang aku list kan..antaranya..macam yang aku sebut tadi,pastu nak jadi novelis.pnjat gunung everest,nak jadi chef..oiii..byk lagi la..tapi..itu dulu..


sekarang..bila aku dah meningkat dewasa ni(ehem2..dah matang ye:) impian aku nak buka kedai ala2 kek..
alaaa..itu kerja sampingan aku la..tapi cita2 utama aku nak jadi seorang pendidik:)..can i?
aku peduli apa kalau org nak kata pun..berniaga kan untung..kunci rezeki tau..Nabi pun berniaga.adatla tu kalau rugi..:)asalkan kita berniaga ikut syariat yg betul..peniaga muslim yg berjaya


i hope my dream come true:)
Insyaallah..hope Allah bless.

Saturday 25 February 2012

~a gift for you~

lalala..jom kita menyanyi sama2 ikut rentak..hehe..ehh..knapa aku hepi sangat nii..:)
nak tau tak?aku ada belikan si dia something..tak mahal harganya tapi sangat bernilai..benda tu aku sangat suka..kata2 yg menyentuh kalbu:)..harap2 dapat bagi pada dia masa birthday dia.aku beli gift tu dekat shah alam..keluar dengan adik perempuan aku.jalan2 la dekat hinode shop..last2,aku terjumpa sesuatu tu..:)apa lagi..aku beli la,lagipun birthday dia pun tak lama dah..bulan 3 ni.
aku belikan something tu bukan niat untuk meminta dia membalas balik pemberian aku..tapi..aku mahu dia tahu yang ada seseorang tak pernah lupakan dia. :')huhu..aku harap dia hargai pemberian aku.just a simple gift but high value to me.moga2 dia suka:)..just wait n see..the time will come:)


'its just for you
never do this to others guy
adakah aku bermimpi di siang hari?
tidak mengharap sebarang balasan
just want u to know
i always remember u
because..only u in my heart
dulu,kini dan mungkin selamanya..insyaallah'






Tuesday 21 February 2012

kerana aku wanita biasa


Kerana aku wanita biasa
yang bisa tertewas pada keindahan dunia
yang tidak menjanjikan syurga
kecuali amal dan taqwa

kerana aku wanita biasa
yang selalu leka pada kemewahan dunia
mengejar harta dan melupakan ilmu yang kekal disana

kerana aku wanita biasa
sentiasa melakukan kesilapan
membuat noda
tanpa memikirkan dosa

kerana aku wanita biasa
aku cuba menjadi yang terbaik
meskipun diri ini tidak layak untuk mendapat sanjungan,pujian
aku tidak sehebat wanita di zaman Nabi
yang memperjuangkan agama
mengorbankan harta demi jalan yang diredhai

aku hanyalah insan biasa
ingin diberi tunjuk ajar
agar jalan hidup yang penuh dosa
menjadi indah dengan jalan yang diredhaiNYA



Friday 13 January 2012

*aku sayang kamu*





'aku sayang kamu'
itulah baris2 perkataan yang ada dihatiku
aku sendiri tak mengerti 
mengapa perasaan ini hadir
kamu tahu...
puasku mencari akan sebab dan musababnya
tapi tak juga ku temui jawapannya
agaknya..cinta itu tidak memerlukan sebab


'aku sayang kamu'
seikhlas hatiku menerimamu
terima segala kekuranganmu
kerana aku juga punya kelemahan
hmmm


kamu tahu..sakit dan pedih menantikan diri kamu
kenapa harus cinta?
itulah bait perkataan yang ada di benak fikiranku
sungguh aku tak tahu
sungguh aku tak mengerti
kenapa aku harus sayang kamu


kamu tahu..aku pernah cuba untuk melupakanmu
tapi..kenapa kamu semakin dekat dengan aku!
sungguh aku tak faham
aku cuba untuk membuang perasaan aku terhadap kamu
tapi..bayangmu sentiasa ada di ruang mataku


kamu tahu..bila kamu ada dekat aku
aku rasa bahagia
dan
bila kamu tiada disisiku
aku rasa sepi,sunyi dan sedih
hebatnya kamu..membuatkanku sayang pada kamu


tapi..aku ingin kamu tahu
sayangku untuk kamu hanya sekali saja
kamu ingin tahu kenapa?
aku tidak mahu sakiti hatiku
aku tidak mahu membuat hatiku parah dan bernanah
jika kamu menolak rasa cinta dan sayang yang ku berikan padamu
maka..terkuburlah cintaku untuk kamu
melainkan takdir yang Maha Esa


kejamkah aku?
maafkan aku..
mungkin aku terpaksa melakukan hal itu
dari membiarkan hatiku terus berdarah
emmm..perit dan sakit menunggu kamu
tapi..bahagia kamu di samping aku
terima kasih ku ucap padamu