Tuesday 25 March 2014

SAHABAT

           Bismillahirrahmannirrahim..Assalamualaikum..apa khabar?hope semuanya dalam keadaan baik dan dirahmati Allah selalu..bagi yang ISLAM jom kita sedekahkan Alfatihah pada mangsa MH370..semoga Allah merahmati dan mengampuni dosa mereka...sedih,sebak semuanya ada dalam diri kan...kita bayangkan sekiranya kita ada ditempat kejadian..macam2 perasaan yang ada dalam hati.Berdoalah..doa senjata mukmin,Allah lebih mengetahui.

            Oklaa...hari ni yani nak cakap mengenai sahabat..apa makna atau konteks sahabat pada diri kawan2 semua..mungkin ada yang kata sahabat ni orang yang ada bersama kita dikala susah dan senang dan sahabat orang yang memahami kita.Itu.semua betul...ikutla pada perspektif masing-masing.Bagi yani sahabat ni orang yang menerima kita tanpa syarat..memahami,mendengar segala perasaan,curahan rasa pada mereka.Sahabat mendengar dan sahabat memahami dan sahabat menerima walaupun kita ada kekurangan.

           Nak cari sahabat,biarlah yang elok akhlak dan adabnya kerana tanpa kita sedar kita akan terikut dengan perangai dan tingkah laku mereka.Pilihlah sahabat yang membawa kita ke syurga,carilah sahabat yang boleh membuatkan kita dekat dan selalu ingat pada Pencipta kita iaitu Allah.Dulu kita jahil tapi kini kita celik kerana adanya sahabat yang menggenggam tangan kita untuk menuju jalan yang lurus.

          Dulu yani jahil..maknanya..semasa zaman belajar diploma di kolej..tinggalkan stoking,pakai tudung tak labuh..jahil rasa masa tu selepas tinggalkan sekolah menengah.Bila jejakkan kaki di Universiti dan berkawan dengan mereka yang menjaga aurat,sedikit sebanyak kita terikut dengan cara mereka.Yani ada sorang kawan..nama dirahsiakan..heee..dia bertudung labuh,berstoking,menutup aurat..yani tertarik dengan penampilan dia..dari situ,yani mula pakai stoking untuk menutup kaki setelah yani tinggalkan benda tu semua masa zaman sekolah menengah.Alhamdulillah...sahabat yang baik,dapat menarik kawannya menuju Pencipta.Moga yani terus istiqomah dalam melakukan perubahan diri.Teringin rasanya nak bertudung labuh,InsyaAllah..slow2 buat prubahan.

Wednesday 5 March 2014

maafkan aku


maafkan aku andai melukakan hati kamu
aku tidak bermaksud untuk berbuat begitu
sungguh aku tidak maksudkannya
biarlah aku pergi
untuk mencari ruang berfikir

sungguh aku terlalu lelah dengan apa yang terjadi
ia memaksa aku untuk terus berfikir dan berfikir
hati aku hancur,hati aku sakit
sakitnya..dapatkah kau rasainya?

biarlah waktu yang menentukan segalanya
perjalanan hidup ini aku serahkan segalanya pada DIA
aku redha dengan apa yang terjadi
aku tahu..sukar untuk membuat pilihan

dan saat ini aku sendiri yang membuat pilihan untuk hidupku
aku mengalah..biarkan aku pergi
aku pasrah
aku teruskan langkah biarpun pahit untuk aku telan.

moga disuatu masa nanti...aku dapat apa yang aku mahu
DIA mengurniakan apa yang terbaik untuk diriku,untuk hidupku
perjalanan ini...harus aku terus melangkah..