Wednesday 25 July 2012

dulu..semalam..hari ini


" Dulu..kenangan silam yang sentiasa terbayang diruang mataku
menyaksikan detik bahagia bersama
suka,duka,perit,bahagia kita lalui juga
yang banyak mengajar erti kawan,berdikari dan semangat

Semalam..kenangan yang baru aku tinggalkan
terbit bahagia menerjah diruang hati
sama sahaja..mengajarku erti hidup
diruang waktu..aku mencari diri untukku perbaiki
banyak dugaan dalam ruang waktu ini
perlukan kekuatan untuk menembusinya

Hari ini..kenangan akan terjadi
aku dewasa kini dalam melayari bahtera hidup
bertatih aku mengorak langkah
untukku terus kehadapan

Esok..aku tidak pasti apa yang akan terjadi
belum lagi menjadi kenangan "




Rindu teman,rindu kawan rindu pada segalanya..rindu tentang kisah dulu.

we are form 5 tawakal girls student :)..last day SPM..bye Syariah

"kawan selamanya"

smart girls,cute girls..we are hepi family in Tawakal :)
misssssss u allzz so much <3 <3 <3

my hostel :)..all girlss Tawakal here:)

.
.
.
.
^
gambar diatas ni masa form 4 n 5 :)

Sunday 22 July 2012

Ahlan Ya Ramadhan

Ahlan wasahlan ya Ramadhan..Ramadhan is back :)
jom2,kita umat islam tingkatkan amalan di bulan mulia ini..bulan yang lebih baik dari seribu bulan.
Terawih tu jangan selalu miss okeh :)..tapi bagi org pempuan yg cuti2 malaysia tu xpelah,zikir dalam hati.


"Syukur Alhamdulillah aku ucapkan padaMu Ya Allah kerana memberiku peluang untukku merasai lagi nikmat puasa di bulan Ramadhan ini.aku tidak tahu,mungkin ini Ramadhanku yang terakhir..ampunilah aku yg penuh dosa ini.hanya Engkau yang layak mengampuniku".

bila datang je bulan puasa ni,of coz famous dengan 'bazar Ramadhan'..banyak betul hidangan,jualan yang dijual.makanan yang tak pernah kita tengok dan lihat pun ada jual jugak.tapi..haaaa...ingat2 selalu,jangan membazir tau..membazir tu amalan...syaitan..bagus anak2 murid cikgu..hehehe.
adoiii...bila time puasa jugak,mercun mali..mercun mali..
main mercun sampai tak ingat dunia..bila da sakit barula nak ingat dunia..mak ayah..menjerit melolong minta tolong..menjeri kata sakit..sakit..tu laaa...nak seronok sangat,padah yang dapat..lebih baik pergi terawih dapat jugak pahala..kan kawan2 :)


ape2pun..beringatlah selalu..ingat org tersayang :)
duit yang ada,moh la menabung ye untuk masa depan,xdelah terbuang begitu sahaja.
moga2 Ramadhan kali ini akan lebih bermakna lagi :)
jangan sedih2..hepi2 selalu.

~peace~

Sunday 1 July 2012

~Berikanku Jalan Yang Indah~


Berikanku jalan yang indah
untukku lakarkan didalam hati
jalan yang dipenuhi bunga warna warni
itulah lukisan hati


jalan yang indah itu
aku hiaskannya dalam kamar memori
tidak akan tercuit walau sedikit pun
akanku kunci rapat
tiada siapa yang temui jalan yang indah
hanya kamu dan aku didalamnya

berikanku jalan yang indah
agarku merasa manisnya

suami solehh..dambaan wanita



Assalamualaikum semua..may Allah bless all of us with HIS rahmah :)
u allz..cik yanie pasti semua wanita mahukan lelaki ataupun suami yang soleh,yang boleh mmbimbing kita kan..yang sayangkan kita dan cintakan kita hanya keranaNya..jadilah yang solehah baru kita temui yang soleh,InsyaAllah.Cik yanie harap cik yanie dapat suami dambaan cik yanie dunia dan akhirat..bialah rindu,cinta hanya untuk dia..kekasih hatiku hingga ke firdausi,Amin.Dan moga dia tercipta untuk cik yanie.Jangan lupa berdoa supaya dia milik kita..jika bukan,pasrahkan dan serahkan segala urusan padaNya.HE knows everything.

Disini ada 18 ciri lelaki soleh untuk para wanita yang inginkan suami seperti ini :)
cik yanie copy n paste from facebook,share2 ilmu..moga2 diberkati.

‎:: 18 CIRI SUAMI SOLEH ::

1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.