Wednesday 29 February 2012

~lelaki itu~





lelaki itu..
dari raut wajahnya ku tahu
dia lelaki yang baik
lelaki yang punya pesona

lelaki itu..
aku juga tahu bahawa ramai yang inginkannya
bahasanya,
sopan santunnya,
tingkahnya,
membuatkan ramai yang terbuai akan dia

lelaki itu..
tidaklah sekacak yang disangka
tetapi..
manisnya menambat hati
senyumannya memukau pandangan

lelaki itu..
moga dia tercipta untuk seseorang yang mencintainya
moga dua hati menjadi satu
moga lelaki itu menjadi imam yang dikagumi


lelaki itu..
yang mungkin bakal suamiku
jadilah imam yang terbaik
suami yang romantik
papa yang penyayang
bimbinglah aku yang bakal menjadi zaujahmu
sambutlah tanganku tika aku lemah
dan pautlah lenganku tika engkau tidak terdaya
kerana aku dan engkau saling memerlukan
sesungguhnya bakal suamiku..
aku mencintaimu seadanya:)

Sunday 26 February 2012

*Impianku*



Assalamualaikum :) and have a nice day..
Hari ni..aku nak share something about dream ataupun dalam bahasa melayu 'impian'..hehe
aku pasti..semua org ada impian kan..tak kira la impian apa pun..impian nak kawen ke,nak terbang ke..itu semua dinamakan impian..aku pun ada impian jugak..tinggi menggunung impian aku..macam2 la..nak tu la..nak ni la..hehe.aku pun tak tau sama ada impian aku tu tercapai ke tidak..huhu..yela kan..manusia tu hanya mmpu merancang je..tapi DIA yang menentukan:)..sekurang2nya kita boleh berusaha,berdoa dan bertawakkal supaya DIA memudahkan jalan untuk kita mencapainya:)

ok lah..berbalik pada impian aku..dulu2..time muda2 dulu(tua sgt ke aku ni)aku selalu berangan nak buka rumah anak yatim la,nak buka rumah org tua2 la..macam2 aku angankan..benda baikkan..so tak kesahla kalau nak berangan pun..err..berangan dengan impian tu sama tak??haha..ape2 jelah..
masa dekat plkn dulu..aku kena senaraikan impian/cita2 aku..banyak jugakla yang aku list kan..antaranya..macam yang aku sebut tadi,pastu nak jadi novelis.pnjat gunung everest,nak jadi chef..oiii..byk lagi la..tapi..itu dulu..


sekarang..bila aku dah meningkat dewasa ni(ehem2..dah matang ye:) impian aku nak buka kedai ala2 kek..
alaaa..itu kerja sampingan aku la..tapi cita2 utama aku nak jadi seorang pendidik:)..can i?
aku peduli apa kalau org nak kata pun..berniaga kan untung..kunci rezeki tau..Nabi pun berniaga.adatla tu kalau rugi..:)asalkan kita berniaga ikut syariat yg betul..peniaga muslim yg berjaya


i hope my dream come true:)
Insyaallah..hope Allah bless.

Saturday 25 February 2012

~a gift for you~

lalala..jom kita menyanyi sama2 ikut rentak..hehe..ehh..knapa aku hepi sangat nii..:)
nak tau tak?aku ada belikan si dia something..tak mahal harganya tapi sangat bernilai..benda tu aku sangat suka..kata2 yg menyentuh kalbu:)..harap2 dapat bagi pada dia masa birthday dia.aku beli gift tu dekat shah alam..keluar dengan adik perempuan aku.jalan2 la dekat hinode shop..last2,aku terjumpa sesuatu tu..:)apa lagi..aku beli la,lagipun birthday dia pun tak lama dah..bulan 3 ni.
aku belikan something tu bukan niat untuk meminta dia membalas balik pemberian aku..tapi..aku mahu dia tahu yang ada seseorang tak pernah lupakan dia. :')huhu..aku harap dia hargai pemberian aku.just a simple gift but high value to me.moga2 dia suka:)..just wait n see..the time will come:)


'its just for you
never do this to others guy
adakah aku bermimpi di siang hari?
tidak mengharap sebarang balasan
just want u to know
i always remember u
because..only u in my heart
dulu,kini dan mungkin selamanya..insyaallah'






Tuesday 21 February 2012

kerana aku wanita biasa


Kerana aku wanita biasa
yang bisa tertewas pada keindahan dunia
yang tidak menjanjikan syurga
kecuali amal dan taqwa

kerana aku wanita biasa
yang selalu leka pada kemewahan dunia
mengejar harta dan melupakan ilmu yang kekal disana

kerana aku wanita biasa
sentiasa melakukan kesilapan
membuat noda
tanpa memikirkan dosa

kerana aku wanita biasa
aku cuba menjadi yang terbaik
meskipun diri ini tidak layak untuk mendapat sanjungan,pujian
aku tidak sehebat wanita di zaman Nabi
yang memperjuangkan agama
mengorbankan harta demi jalan yang diredhai

aku hanyalah insan biasa
ingin diberi tunjuk ajar
agar jalan hidup yang penuh dosa
menjadi indah dengan jalan yang diredhaiNYA