Tuesday 25 March 2014

SAHABAT

           Bismillahirrahmannirrahim..Assalamualaikum..apa khabar?hope semuanya dalam keadaan baik dan dirahmati Allah selalu..bagi yang ISLAM jom kita sedekahkan Alfatihah pada mangsa MH370..semoga Allah merahmati dan mengampuni dosa mereka...sedih,sebak semuanya ada dalam diri kan...kita bayangkan sekiranya kita ada ditempat kejadian..macam2 perasaan yang ada dalam hati.Berdoalah..doa senjata mukmin,Allah lebih mengetahui.

            Oklaa...hari ni yani nak cakap mengenai sahabat..apa makna atau konteks sahabat pada diri kawan2 semua..mungkin ada yang kata sahabat ni orang yang ada bersama kita dikala susah dan senang dan sahabat orang yang memahami kita.Itu.semua betul...ikutla pada perspektif masing-masing.Bagi yani sahabat ni orang yang menerima kita tanpa syarat..memahami,mendengar segala perasaan,curahan rasa pada mereka.Sahabat mendengar dan sahabat memahami dan sahabat menerima walaupun kita ada kekurangan.

           Nak cari sahabat,biarlah yang elok akhlak dan adabnya kerana tanpa kita sedar kita akan terikut dengan perangai dan tingkah laku mereka.Pilihlah sahabat yang membawa kita ke syurga,carilah sahabat yang boleh membuatkan kita dekat dan selalu ingat pada Pencipta kita iaitu Allah.Dulu kita jahil tapi kini kita celik kerana adanya sahabat yang menggenggam tangan kita untuk menuju jalan yang lurus.

          Dulu yani jahil..maknanya..semasa zaman belajar diploma di kolej..tinggalkan stoking,pakai tudung tak labuh..jahil rasa masa tu selepas tinggalkan sekolah menengah.Bila jejakkan kaki di Universiti dan berkawan dengan mereka yang menjaga aurat,sedikit sebanyak kita terikut dengan cara mereka.Yani ada sorang kawan..nama dirahsiakan..heee..dia bertudung labuh,berstoking,menutup aurat..yani tertarik dengan penampilan dia..dari situ,yani mula pakai stoking untuk menutup kaki setelah yani tinggalkan benda tu semua masa zaman sekolah menengah.Alhamdulillah...sahabat yang baik,dapat menarik kawannya menuju Pencipta.Moga yani terus istiqomah dalam melakukan perubahan diri.Teringin rasanya nak bertudung labuh,InsyaAllah..slow2 buat prubahan.

Wednesday 5 March 2014

maafkan aku


maafkan aku andai melukakan hati kamu
aku tidak bermaksud untuk berbuat begitu
sungguh aku tidak maksudkannya
biarlah aku pergi
untuk mencari ruang berfikir

sungguh aku terlalu lelah dengan apa yang terjadi
ia memaksa aku untuk terus berfikir dan berfikir
hati aku hancur,hati aku sakit
sakitnya..dapatkah kau rasainya?

biarlah waktu yang menentukan segalanya
perjalanan hidup ini aku serahkan segalanya pada DIA
aku redha dengan apa yang terjadi
aku tahu..sukar untuk membuat pilihan

dan saat ini aku sendiri yang membuat pilihan untuk hidupku
aku mengalah..biarkan aku pergi
aku pasrah
aku teruskan langkah biarpun pahit untuk aku telan.

moga disuatu masa nanti...aku dapat apa yang aku mahu
DIA mengurniakan apa yang terbaik untuk diriku,untuk hidupku
perjalanan ini...harus aku terus melangkah..

Monday 16 December 2013

~DINNER PEKA~

Assalamualaikum dan bersua kembali..apa khabar?harap semuanya dalam keadaan baik belaka.Baru-baru ini kami pelajar Kaunseling dari tahun 1 hingga tahun 4 adakan majlis Annual Grand Dinner.Majlis tu bertujuan untuk meraikan pelajar tahun 4 yang akan menamatkan sesi pembelajaran mereka kat UMT ni.Jadi..sebagai pelajar tahun 1 kitorang wajib datang untuk meraikan majlis.Lagipun kami pon pelajar baru dekat UMT.:)..Banyak jugaklah aktiviti yang diadakan seperti persembahan tahun 1,sketsa,cabutan bertuah dan sebagainya.

Untuk aktiviti cabutan bertuah,saya iaitu yani dapat 2 bear yang bertuah..hehhe..rasa seronok kot..tak payah la nak beli dah lepas ni..campur 1 bear yanga ada kat rumah jadi 3 bear dah sekarang.Cakap tentang bear rindu dekat gemoxx...gemoxx,nanti bulan 1 ni kita balik bercuti.tunggu ye kepulangan kita.Hadiah bermakna yang tak mungkin dilupakan :)

Lepas makan,aktiviti snap pictures la pulak..bukan main posing sakan..Astaghfirullah,lepas ni jangan menggedik lagi.Hampir pukul 12 lebih kami balik ke hostel..memang rasa sakit kepala dan mengantuk.Tapi semuanya indah.Alhamdulillah...semoga ukhwah diantara pelajar Kaunseling selamanya terjalin.InsyaAllah.


kaunseling tahun 1

cabutan bertuah..2 bear dlm genggaman :)


kaunseling lelaki tahun 1


Thursday 5 December 2013

~~special things~~










:)

~Bila Hatimu Dilukai Lagi~




Bila ada sesuatu yang kita inginkan mungkin kita tidak akan pernah dapat
tapi DIA akan memberikan sesuatu yang kita perlukan
begitu juga dengan hati
kita mungkin tidak akan dapat hatinya,cintanya dan dirinya
tapi DIA memberikan seseorang yang lebih baik dari hatinya,cintanya dan dirinya

Hati akan terluka lagi bila dia pergi dari sisi untuk kedua kali
apa yang perlu hati ini katakan..sabarlah..sabarlah..sabarlah sayang
usah menangisi pemergiannya,biarkan ia


Sungguhnya..DIA tahu apa yang terbaik untukmu sayang
rawatlah hatimu dengan selalu mengingati kalimah cinta dariNYA
Astaghfirullahalazim..ucapkanlah dan lafazkanlah dari bibirmu sayang
Subhannallah,Alhamdulillah,Lailahaillallah dan AllahuAkbar
laungkanlah ia didalam hatimu..di situ..kau akan dapat ketenangan dan rasa cinta dariNYA

Wahai hati yang lara..kau tidak pernah keseorangan kerana ada DIA bersamamu sayang
katakanlah pada hatimu..usah dikejar cinta manusia jika cinta Illahi gagal kau gapai
bersabarlah sayang..itulah kalimah yang mampu merawat hatimu

Sesungguhnya..pelangi indah akan hadir dihatimu sayang
yang akan memberimu detik bahagia


...Bersangka Baik...


      Dalam hidup ini kita sebagai manusia tidak terlepas dari memikirkan hal-hal orang yang berada di sekeliling kita.Sama ada kita akan bersangka baik ataupun sebaliknya.Memang perasaan itu akan menerjah dihati kita..bila seseorang itu melakukan satu kesalahan kita akan berfikir perkara yang buruk tentang dia dan jika bila seseorang itu melakukan kebaikan kita juga akan memikirkan hal yang sama juga tentang dia.Jadi disini kita perlu muhasabah diri kita dan bersangka baik lah pada mereka.

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain.

Firman Allah سبحانه وتعالى :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)


Marilah kita menjadi hamba dan manusia yang sentiasa bersangka baik pada mereka..didik hati,jiwa untuk sentiasa bersangka baik


Tuesday 20 August 2013

Universiti Malaysia Terengganu

Assalamualaikum..Salam Syawal aku ucapkan..moga-moga diri korang sihat,ceria dan bahagia hendaknya..
lama gila aku tak bukak blog ni..sekarang baru ada feel nak bukak..haha..

aku just nak update tentang diri aku..orang kata berita terkini la..hehe..korang nampak tak tajuk kat atas tu tulis apa?..apa..'nak kawin'..eii..tolong sikit eh..lambat lagi tauu..
tajuk kat atas tu tulis..'Universiti Malaysia Terengganu'..haaaa,aku dapat masuk U la kawan2..Alhamdulillah diatas segala nikmat yang diberi oleh Allah kepada hambanNya yang kerdil ini..

4 tahun aku akan duduk disana,tinggal disana..Alhamdulillah,akhirnya dapat jugak kos yang aku mintak tu..'Sarjana Muda Kaunseling'..boleh la aku bawak diri jauh2 lepas ni,hirup udara baru dan segar bugar kat sana nanti..makang kopok lekor la aku,dok kecek ganu la aku pah ni..hahaha

korang2,doakan aku berjaya ye..lebih berjaya.InsyaAllah..Amin. :)