Monday 16 December 2013

~DINNER PEKA~

Assalamualaikum dan bersua kembali..apa khabar?harap semuanya dalam keadaan baik belaka.Baru-baru ini kami pelajar Kaunseling dari tahun 1 hingga tahun 4 adakan majlis Annual Grand Dinner.Majlis tu bertujuan untuk meraikan pelajar tahun 4 yang akan menamatkan sesi pembelajaran mereka kat UMT ni.Jadi..sebagai pelajar tahun 1 kitorang wajib datang untuk meraikan majlis.Lagipun kami pon pelajar baru dekat UMT.:)..Banyak jugaklah aktiviti yang diadakan seperti persembahan tahun 1,sketsa,cabutan bertuah dan sebagainya.

Untuk aktiviti cabutan bertuah,saya iaitu yani dapat 2 bear yang bertuah..hehhe..rasa seronok kot..tak payah la nak beli dah lepas ni..campur 1 bear yanga ada kat rumah jadi 3 bear dah sekarang.Cakap tentang bear rindu dekat gemoxx...gemoxx,nanti bulan 1 ni kita balik bercuti.tunggu ye kepulangan kita.Hadiah bermakna yang tak mungkin dilupakan :)

Lepas makan,aktiviti snap pictures la pulak..bukan main posing sakan..Astaghfirullah,lepas ni jangan menggedik lagi.Hampir pukul 12 lebih kami balik ke hostel..memang rasa sakit kepala dan mengantuk.Tapi semuanya indah.Alhamdulillah...semoga ukhwah diantara pelajar Kaunseling selamanya terjalin.InsyaAllah.


kaunseling tahun 1

cabutan bertuah..2 bear dlm genggaman :)


kaunseling lelaki tahun 1


Thursday 5 December 2013

~~special things~~










:)

~Bila Hatimu Dilukai Lagi~




Bila ada sesuatu yang kita inginkan mungkin kita tidak akan pernah dapat
tapi DIA akan memberikan sesuatu yang kita perlukan
begitu juga dengan hati
kita mungkin tidak akan dapat hatinya,cintanya dan dirinya
tapi DIA memberikan seseorang yang lebih baik dari hatinya,cintanya dan dirinya

Hati akan terluka lagi bila dia pergi dari sisi untuk kedua kali
apa yang perlu hati ini katakan..sabarlah..sabarlah..sabarlah sayang
usah menangisi pemergiannya,biarkan ia


Sungguhnya..DIA tahu apa yang terbaik untukmu sayang
rawatlah hatimu dengan selalu mengingati kalimah cinta dariNYA
Astaghfirullahalazim..ucapkanlah dan lafazkanlah dari bibirmu sayang
Subhannallah,Alhamdulillah,Lailahaillallah dan AllahuAkbar
laungkanlah ia didalam hatimu..di situ..kau akan dapat ketenangan dan rasa cinta dariNYA

Wahai hati yang lara..kau tidak pernah keseorangan kerana ada DIA bersamamu sayang
katakanlah pada hatimu..usah dikejar cinta manusia jika cinta Illahi gagal kau gapai
bersabarlah sayang..itulah kalimah yang mampu merawat hatimu

Sesungguhnya..pelangi indah akan hadir dihatimu sayang
yang akan memberimu detik bahagia


...Bersangka Baik...


      Dalam hidup ini kita sebagai manusia tidak terlepas dari memikirkan hal-hal orang yang berada di sekeliling kita.Sama ada kita akan bersangka baik ataupun sebaliknya.Memang perasaan itu akan menerjah dihati kita..bila seseorang itu melakukan satu kesalahan kita akan berfikir perkara yang buruk tentang dia dan jika bila seseorang itu melakukan kebaikan kita juga akan memikirkan hal yang sama juga tentang dia.Jadi disini kita perlu muhasabah diri kita dan bersangka baik lah pada mereka.

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain.

Firman Allah سبحانه وتعالى :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)


Marilah kita menjadi hamba dan manusia yang sentiasa bersangka baik pada mereka..didik hati,jiwa untuk sentiasa bersangka baik