Friday, 22 June 2012

~Hati Berbunga..~



Hati ini berbunga riang seperti di taman-taman bunga :)
indahnya perasaan ini bila diri sudah mula disayangi dan dicintai
lebih indah lagi jika diri dilamar untuk bersama disisi
tak siapa tahu..jodoh itu rahsia
yang agak sulit untuk dimengertikan

awak..biarpun ketika dulu banyak bunga mekar di hati awak
saya setia menunggu awak..
mungkin kerana hati ini untuk awak..
setia ini untuk awak
awak...selama ini tidak pernah saya setia menunggu sesiapa kecuali diri awak
saya sendiri pun tidak memahami hati ini

moga sayang awak hanya untuk saya
cinta awak untuk saya
meskipun saya tahu mungkin awak bukan untuk saya
saya harap saya kuat bila awak tiada di sisi saya
mengindahkan hari saya
membuat saya tersenyum selalu

awak pernah membuatkan hati saya menangis 
saya tahan dan sabarkan hati ini
menghantar kalam doa padaNYA
moga awak untuk saya
awak..di akhir doa saya,saya berharap awakla pemilik tulang rusuk saya
awaklah yang akan membimbing saya untuk jalan yang diredhai

saya tahu,mungkin saya terlalu berharap pada awak
tapi..itulah kenyataan yang tak boleh saya sangkal
kerana hati ini sayangkan awak
pernah juga saya cuba melupakan awak
tapi saya tak mampu..bayang awak sentiasa ada bersama saya

berharap awak jadi kekasih hati saya sampai ke firdausi <3 <3 <3

No comments:

Post a Comment