Friday 13 January 2012

*aku sayang kamu*





'aku sayang kamu'
itulah baris2 perkataan yang ada dihatiku
aku sendiri tak mengerti 
mengapa perasaan ini hadir
kamu tahu...
puasku mencari akan sebab dan musababnya
tapi tak juga ku temui jawapannya
agaknya..cinta itu tidak memerlukan sebab


'aku sayang kamu'
seikhlas hatiku menerimamu
terima segala kekuranganmu
kerana aku juga punya kelemahan
hmmm


kamu tahu..sakit dan pedih menantikan diri kamu
kenapa harus cinta?
itulah bait perkataan yang ada di benak fikiranku
sungguh aku tak tahu
sungguh aku tak mengerti
kenapa aku harus sayang kamu


kamu tahu..aku pernah cuba untuk melupakanmu
tapi..kenapa kamu semakin dekat dengan aku!
sungguh aku tak faham
aku cuba untuk membuang perasaan aku terhadap kamu
tapi..bayangmu sentiasa ada di ruang mataku


kamu tahu..bila kamu ada dekat aku
aku rasa bahagia
dan
bila kamu tiada disisiku
aku rasa sepi,sunyi dan sedih
hebatnya kamu..membuatkanku sayang pada kamu


tapi..aku ingin kamu tahu
sayangku untuk kamu hanya sekali saja
kamu ingin tahu kenapa?
aku tidak mahu sakiti hatiku
aku tidak mahu membuat hatiku parah dan bernanah
jika kamu menolak rasa cinta dan sayang yang ku berikan padamu
maka..terkuburlah cintaku untuk kamu
melainkan takdir yang Maha Esa


kejamkah aku?
maafkan aku..
mungkin aku terpaksa melakukan hal itu
dari membiarkan hatiku terus berdarah
emmm..perit dan sakit menunggu kamu
tapi..bahagia kamu di samping aku
terima kasih ku ucap padamu



4 comments:

  1. assalamualaykum dak tecik... :D

    hak hak... blog baru nmpk yep...heeeeee :)

    luahan perasaan dari sudut hati yang pling dalam...

    "Moga Zauj yg memimpin mu yang benar benar menghargai cinta ikhlas dan suci kamu itu" ^^ muah luv u :)"

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam :D..yolaa,baru je buat blog ni
    hak..hak..dalam hatiku siapa yg tahu :)
    amin..moga chentaku terbalas:)dari sorg lelaki yg bernama suami..haha(haru biru sungguh ayat aku)..luv u too sahabat <3

    ReplyDelete
  3. ehem ehem... ohoooo....chenta hati yg suci... hehe :D

    sabar naaa..bagi aq kawen dulu...ko tecik agi.hehe, ta ley langkah bendol..langkah bonggol jalan tape.. hee

    ReplyDelete
  4. ehemm..mengada ko ehh..tak sabau nak kwen btoll.okeyy..ko la kwen dulu..aku lmbat lagi.byk bnda aku nak buat..:)

    ReplyDelete