Wednesday, 29 February 2012

~lelaki itu~





lelaki itu..
dari raut wajahnya ku tahu
dia lelaki yang baik
lelaki yang punya pesona

lelaki itu..
aku juga tahu bahawa ramai yang inginkannya
bahasanya,
sopan santunnya,
tingkahnya,
membuatkan ramai yang terbuai akan dia

lelaki itu..
tidaklah sekacak yang disangka
tetapi..
manisnya menambat hati
senyumannya memukau pandangan

lelaki itu..
moga dia tercipta untuk seseorang yang mencintainya
moga dua hati menjadi satu
moga lelaki itu menjadi imam yang dikagumi


lelaki itu..
yang mungkin bakal suamiku
jadilah imam yang terbaik
suami yang romantik
papa yang penyayang
bimbinglah aku yang bakal menjadi zaujahmu
sambutlah tanganku tika aku lemah
dan pautlah lenganku tika engkau tidak terdaya
kerana aku dan engkau saling memerlukan
sesungguhnya bakal suamiku..
aku mencintaimu seadanya:)

No comments:

Post a Comment