Tuesday, 21 February 2012

kerana aku wanita biasa


Kerana aku wanita biasa
yang bisa tertewas pada keindahan dunia
yang tidak menjanjikan syurga
kecuali amal dan taqwa

kerana aku wanita biasa
yang selalu leka pada kemewahan dunia
mengejar harta dan melupakan ilmu yang kekal disana

kerana aku wanita biasa
sentiasa melakukan kesilapan
membuat noda
tanpa memikirkan dosa

kerana aku wanita biasa
aku cuba menjadi yang terbaik
meskipun diri ini tidak layak untuk mendapat sanjungan,pujian
aku tidak sehebat wanita di zaman Nabi
yang memperjuangkan agama
mengorbankan harta demi jalan yang diredhai

aku hanyalah insan biasa
ingin diberi tunjuk ajar
agar jalan hidup yang penuh dosa
menjadi indah dengan jalan yang diredhaiNYA



No comments:

Post a Comment