Monday, 28 May 2012

Teacher's Day..sweet memory


Assalamualaikum dan salam ceriaa semua :)harap2 semua baik2 la ye..heheh
rasanya dah lamakan cik yanie tak post ape2 kat blog ni..almaklumla,semenjak dah kerja ni bizi la dengan anak2 yang ramai kat tadika tu:)..hehe..alahh,kalau cik yanie post pon mestila tentang sajak,puisi2 jiwang karat je kan!heehhe..itu hobi cik yanie la..suka jugakla mereka2,menulis sajak:)

Oklah..hari ni cik yanie nak post tentang Teacher's Day yang dah disambut pada hari jumaat lepas 25.5.2012:)
cik yanie rasa meriah jugakla sambutan kat tadika tu..meriah dengan makanan,hadiah..haaaaa memang jimat duit cik yanie pada masa kejadian,tak pyah susah2 nak beli makanan..heheh

Adalah jugak aktiviti untuk cikgu..satu aktiviti je pon..menghias murid guna surat khabar..cik yanie dan cikgu2 lain kena buat pakaian untuk murid yang dipilih oleh kami:)..masa tu,cik yanie memangla xde idea nak buat ape..cik yanie main tibai je..hehe..asalkan jadi rupa baju tu..tema untuk baju tu 'Hawaii Girl'..sedap tak bunyi?hehhe..itulah pengalaman pertama bila bergelar guru..seronoknya rasa:)Aktiviti untuk budak2 plak,mereka kena buat kad untuk hari ibu..cik yanie dan cikgu wina dah prepare brg untuk mereka..ala,mereka cuma tampal2 je..senang kan!:)hehe

Last sekali..heheh..dapat hadiah la dari anak murid..:)terharu la cik yanie rasa..trima kasih cik yanie ucapkan.Cik yanie cuma mengajar sekejap je dekat tadika tu,sementara menunggu tawaran smbung blaja lagi..doakan cik yanie ye..harap2 la dapat smbung blaja Amin:)


inilah mereka setelah siap dihias:)


kami barisan guru..cewahhh..haha;)


hero2 cerdikk;)

hasil karya mereka;)cantikkan..

Friday, 11 May 2012

*Biarkan ia pergi jauh dari hati*



Kenangan semalam tak ingin aku ingati lagi..
semakin di ingat,semakin menyakitkan..
hidup ini..ingin aku lalui dengan penuh rasa bahagia
biarkan bahagia menguasai hati..bukan kesedihan menyelubungi diri
terkadang..aku tak mampu untuk meluahkan rasa hati secara lisan
hanya mampu melakarkan rahsia hati dengan kata-kata puitis

Bahagia aku bila dia ada denganku..
menyayanginya,merinduinya..tak pernah terlepas dari lubuk hati ini
bila dia mula sayangi diri ini..rasa dihargai
mungkin juga kerana penantianku tidak sia-sia
kalam doa diutuskan dalam setiap bisikanku padaNYA
:)

Tuhan..moga dia tercipta untukku..
hanya KAU yang tahu betapa aku sangat sayang akan dia
tak mampu untukku berjauhan darinya..
tak sanggup untukku kehilangannya..
kerana cinta ini hanya untuk dia..tolong biarkan aku untuk terus setia menanti


Saturday, 28 April 2012

~Demi sebuah penantian~

demi sebuah penantian
aku merelakan hati ini menanggung rasa
syahdu dijiwa,kesepian dihati


penantian itu menyeksakan
kesabaran diperlukan
tangisan peneman diri..memikirkan cinta hati yang jauh dari diri

aku pujuk hati untuk menunggu dengan setia
kerana disebalik kesulitan ada kemudahan
memaksa bibir untuk terus tersenyum
meskipun hati merasa pedih untuk melaluinya


dia cinta hatiku
kerana dirinya aku setia menanti
demi sebuah penantian
akan aku jalaninya

Friday, 20 April 2012

~kesepian dan rindu..~


kesepian itu...mengheret aku dalam episod sebuah rindu
yang sekian lama menjalar di dasar hatiku
aduhaiii rindu..aduhaii sepi
kenapa perlu membiarkan aku terus menerus merasainya

detik-detik waktu membiarkan aku dalam relung sepi
puas sudah ke mencari jalan keluar
untuk aku pergi dari sepi ini
tetap juga tidak ku temui


tapi..
rindu dan sepi sebuah kurniaan 
untuk mengajar aku erti kasih dan sayang
semakin rindu ini menjalar..semakin sayang ini membuak-buak
kerana aku rindu
kerana aku sepi
biarlah tetap di hatiku


kerana ia kurniaan Illahi

~apa itu bahagia..~



KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.
KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.
KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.
KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.
HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.
Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.
Tetapi ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN…
Itulah KEBAHAGIAAN!

PESANAN aku:

Jika SENDIRI jangan marasa SEPI.. Ada ALLAH yang MENGAWASI..
Jika SEDIH jangan PENDAM dalam HATI.. Ada ALLAH tempat BERDOA..
Jika MARAH jangan FIKIR dalam HATI.. Ada ALLAH tempat MENENANGKAN DIRI..
Jika SUSAH jangan MERASA PILU.. Ada ALLAH tempat MENGADU..
Jika GAGAL jangan BERPUTUS ASA.. Ada ALLAH tempat MEMINTA..
Jika BAHAGIA jangan menjadi LUPA.. Pada ALLAH tempat BERSYUKUR..



credit to:pakar diari hati

Friday, 30 March 2012

~Tawaran kerja di Tadika Bijak~

Merujuk pada permohonan dan sesi temuduga yg dijalankan serta sesi latihan praktikal selama 2 bulan di Tadika Bijak,dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa puan(err..cik ye)ditawarkan jawatan sebagai Guru di Tadika Bijak.Tawaran ini adalah tertakluk kepada syarat2 berikut berkuatkuasa mulai 1 April 2012.


Dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan iaitu selama 3 bulan,mulai 1 April sehinnga 30 Jun 2012 dengan memegang jawatan sebagai guru...heheh..Alhamdulillah..dapat jugak kerja sebagai guru..dengan gaji yg agak bagus..tak kisahlah gaji brapa..aku trima je:)..moga Allah permudahkan jalan bagiku untuk mendidik anak bangsa..Amin:)

selamat hari lahir



'Selamat Hari Lahir' awak,saya doakan moga awak panjang umur,dimurahkan rezeki,bahagia selalu dan moga Allah selalu mrahmati awak.Sweet '21' :).
Awak..semoga perjalanan hidup yang awak ukir akan menjadi indah selalu..saya sentiasa ada untuk awak..sebab saya sayangkan awak:)..sepanjang perkenalan kita selama 3 tahun ni amat membuatkan saya rasa gembira dan saya harap awak juga gembira dengan saya..we are frens forever right..pliss..dont forget about our relation..i need u in my whole life.saya dah bagi hati saya pada awak..harap2..awak dapat jaga dengan baik:)Insyaallah..kalau ada jodoh,kita pasti bersama..dengan iringan doa..moga kau zauj ku..yang tercipta untukku.Gud luck in your life..:) <3 <3 <3..


26.march..always on my mind :) <3